FesyenGaya Hidup

6 Petua Mengekalkan Aroma Pewangi Untuk Lelaki

Pewangi adalah sentuhan terakhir yang melengkapkan gaya lelaki. Kajian mendapati bahawa wanita lebih menggemari lelaki yang menggunakan pewangi.

Namun begitu, kebanyakan lelaki merasakan pewangi yang mereka gunakan kurang memberi kesan yang positif kepada mereka. Ini kerana, anda biasanya menggunakan pewangi tanpa mengetahui cara yang betul. Jom baca tip-tip yang akan membantu anda menaikkan aroma pewangi anda dengan cara yang betul.

TIP 1 – Sekiranya anda menggunakan krim cukur, gunakan jenama pewangi yang sama seperti jenama krim cukur anda. Menggunakan jenama yang berbeza bukan idea yang hebat kerana kedua-dua bau yang berlainan akan menghasilkan aroma yang kurang menyenangkan.

TIP 2 – Semburkan pewangi anda pada pakaian terutama pada bahagian atas baju atau jaket. Semburan boleh diarahkan pada bahagian kolar dan juga di bahagian leher anda. Leher dianggap sebagai tempat yang baik untuk memaksimumkan aroma pewangi anda. Tetapi anda perlu berhati-hati ketika menyembur pewangi pada pakaian kerana sesetengah pewangi akan meninggalkan kesan.

TIP 3 – Kebanyakan pewangi hanya perlu digunakan sekali sahaja dan baunya akan kekal sepanjang hari. Walau bagaimanapun, tidak ada salahnya jika anda menyemburnya beberapa kali sehari bergantung pada tahap tindak balas badan anda.

TIP 4 – Tempat-tempat utama yang sesuai untuk menyembur pewangi adalah pada  pergelangan tangan, leher, dan belakang telinga anda. Menembur pewangi di bahagian ini akan membantu memastikan aromanya tidak akan pudar. Tetapi anda bebas untuk bereksperimen dengan menyembur pada lain-lain bahagian yang dirasakan sesuai.

TIP 5 – Seperti banyak perkara, pewangi juga mempunyai jangka hayat. Sebotol pewangi biasanya mempunyai jangka hayat 3 hingga 5 tahun, jadi perhatikan tarikh tamat tempohnya. Pewangi lama cenderung berbau seperti alkohol. Jika anda mempunyai pewangi yang tidak digunakan, mungkin anda perlu menukar pewangi anda.

TIP 6 – Makan dengan betul dan tidak merokok adalah satu perkara yang bijak untuk dilakukan. Selain memberi kesan pada badan anda, mereka juga boleh memberi kesan pada pewangi anda. Makanan pedas membuat anda berpeluh lebih daripada biasa dan akan mengubah aroma pewangi anda, begitu juga rokok.

 

Sumber: baldingbeards.com

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker