Isu SemasaTempatan

Merisaukan: Kes Buli Dan Buli Siber Kian Meningkat

Maksud buli adalah  menggunakan kekuatan atau pengaruh untuk menakut-nakutkan individu, biasanya untuk memaksa individu tersebut melakukan apa yang pembuli kehendaki. Kes-kes buli di sekolah menunjukkan terdapat peningkatan  dalam kes buli, kes yang selalu berlaku adalah kes buli fizikal, lapor The Star.

Statistik Menunjukkan Terdapat Peningkatan Kes Buli

Tahun lepas, terdapat peningkatan sebanyak 14.5% dalam  jumlah kes buli iaitu 3,448, daripada 3,011 kes pada tahun 2015. Pada 2014, terdapat 2,901 kes.

Sehingga Jun tahun ini Sistem Pelanggaran Disiplin Pelajar Kementerian Pendidikan menunjukkan terdapat sebanyak 1,054 kes yang dilaporkan. Angka-angka ini jelas menunjukkan terdapat peningkatan dalam laporan kes-kes buli.

Buli siber di Malaysia

Manakala buli siber  (atau cyberbullying) boleh ditakrifkan sebagai penggunaan sistem komunikasi elektronik untuk membuli seseorang, biasanya dengan menghantar mesej yang bersifat menakut-nakutkan atau mengancam.

Pelajar yang menyebarkan khabar angin dan menipu tentang rakan sekelas mereka, atau berkongsi gambar orang lain yang memalukan akan dibawa dan didispilinkan untuk kes buli siber di bawah garis panduan Kementerian Pendidikan  yang baru tentang etika penggunaan media sosial.

Undang-undang tertakluk kepada guru dan pelajar

Mengejek dan memanggil seseorang nama yang tidak sepatutnya  juga dianggap sebagai buli siber di bawah peraturan-peraturan tersebut. Hal ini juga merangkumi mengganggu dan menghendap seseorang di dunia siber, serta melibatkan guru-guru.

Bagi guru, kementerian berkata mereka yang melanggar kod itu – terutamanya mengenai perkara sensitif kerajaan atau sekolah – boleh menghadapi tindakan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Perlindungan Data 2010, serta beberapa Peraturan kerajaan lain.

Ketua Pengarah Kementerian, Jeneral Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof berkata garis panduan itu bertujuan menghalang penyalahgunaan media sosial dan penyebaran pembohongan atau maklumat yang tidak disahkan benar

Sudah tiba masanya untuk kewujudan garis panduan seperti  itu berikutan laporan penyalahgunaan media sosial oleh guru dan pelajar, serta kes eksploitasi kanak-kanak,” katanya dalam arahan bertarikh 23 Jun.

Penggunaan media sosial perlu dikawal

“Media sosial” untuk tujuan undang-undang tersebut merangkumi blog, Facebook, YouTube, Twitter, WeChat, Skype, Telegram, Snapchat dan Instagram.

Dr Khair berkata walaupun terdapat manfaat dalam penggunaan media sosial dan teknologi mempunyai manfaat, ia harus digunakan secara bertanggungjawab serta tidak digunakan untuk mencemarkan imej dan reputasi orang lain.

Di bawah kod tingkah laku baru tersebut,  buli siber juga merangkumi menghantar mesej yang biadap atau tidak sopan kepada rakan-rakan sekolah mereka.

Ia merangkumi keadaan seperti, pelajar yang memuat naik maklumat peribadi rakan-rakan mereka tanpa pengetahuan mereka atau memaksa kawan-kawan mereka melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kehendak mereka.

Selain daripada itu, pelajar tidak dibenarkan melayari  akaun media sosial mereka di telefon bimbit atau komputer mereka atas sebab-sebab peribadi semasa waktu sekolah, pihak kementerian berkata mereka juga tidak dibenarkan membuat komen atau post-post negatif tentag guru mereka.

Kes-kes lain yang semakin meningkat antaranya adalah membuli secara sosial iaitu menyebarkan khabar angin, mengejek dan menghina sesama pelajar.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button