Teknologi

FedEx Menggunakan Perkhidmatan Robot Butler?

Sejak 2016 lagi, syarikat itu telah menggunakan robot penghantaran autonomi di pusat pembaikan peralatannya di Collierville, Tennessee. Juruteknik boleh menggunakan robot untuk mengambil, memindahkan atau mengutip pelbagai bahagian dan alatan yang mereka perlukan dari ruang stok tanpa perlu meninggalkan stesen kerja mereka, lapor CNBC.

Ahli baru kepada pasukan itu, Sam, bekerja dengan pelanggan di FedEx di New York yang juga berfungsi sebagai pusat baik pulih Samsung. Sam (singkatan untuk Samsung) mengangkat telefon pelanggan kepada juruteknik di lokasi, dan membawa ia kembali setelah siap dibaiki.

Tracy Bailey adalah pengurus kejuruteraan dan inovasi di perkhidmatan FedEx, mengatakan bahawa dia telah mendapat ilham untuk mencuba pekerja robot setelah melihat kejayaan mereka dalam industri perhotelan. Tujuannya adalah untuk mengelakkan perhatian juruteknik daripada terganggu, seperti perlu bangun untuk mengambil sesuatu, dan memberi tumpuan kepada satu tugas sahaja.

Jadi Bailey beralih kepada Savioke, sebuah syarikat yang berpangkalan di San Jose yang mempunyai kepakaran khusus dalam pembuatan robot penghantaran. Syarikat itu mula menguji bot butler pertamanya di sebuah hotel di  California pada tahun 2014, sejak itu penggunaanya mula berkembang ke Eropah dan Asia.

Robot Relay boleh digunakan secara sewa, harganya lebih kurang $ 2,000 sebulan, dan antara pelanggannya adalah Residence Inn, Crowne Plaza, Westin dan Aloft.

Menurut Savioke, sehingga kini Relay telah berjaya membuat lebih daripada 150,000 penghantaran.

Show More

Related Articles

Back to top button