AntarabangsaIsu Semasa

Turki Kukuhkan Hubungan Perdagangan Dengan Vietnam

Turki akan mengukuhkan lagi hubungan perdagangan mereka bersama negara-negara Asia, termasuk Vietnam.

Perdana Menteri Turki, Binali Yildirim berkata, negaranya akan mengekalkan strategi untuk meningkatkan keberkesanan ekonomi dan perdagangan di Timur Jauh, khususnya dalam pasaran Asia.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Forum Perniagaan Vietnam-Turki di Hanoi pada hari Khamis.

Memetik laporan agensi berita Anadolu Agency, Yildirim menyatakan bahawa proses ratifikasi perjanjian promosi dan perlindungan pelaburan dua hala, serta pembendungan cukai berganda yang ditandatangani pada tahun 2014 bersama Vietnam, telah dimuktamadkan.

“Pelabur-pelabur Turki menyumbang kepada ekonomi Vietnam dengan membuat pelaburan lebih daripada AS$ 700 juta (RM 2.9 bilion),” katanya.

Tambah Perdana Menteri itu lagi, kerja-kerja untuk menandatangani perjanjian perdagangan bebas di antara kedua-dua negara telah dipercepatkan.

Yildirim berkata, membawa kerjasama di antara negaranya dan Vietnam merupakan salah satu perkara yang diutamakan.

“Bekerjasama dengan sebuah negara yang mempunyai kepentingan strategik yang tinggi seperti Vietnam dan membawa kerjasama ini ke hadapan adalah salah satu keutamaan kami,” ujar beliau.

Jika digabungkan kedua-dua negara itu, Turki dan Vietnam akan mempunyai jumlah perdagangan keseluruhan bernilai AS$ 683 bilion (RM 2.9 trilion) serta pendapatan negara dengan populasi 173 juta orang yang mencatatkan jumlah lebih daripada $1 trilion (RM 4.2 trilion) pada tahun 2016.

Tetapi aktiviti perdagangan dua hala yang telah dilakukan di antara mereka hanya berada di bawah AS$ 2 bilion (RM 8.5 bilion) dan ia tidak selaras dengan potensi populasi kedua-dua negara itu.

“Kami menyasarkan untuk meningkatkan perdagangan bilateral kepada sekurang-kurang AS 4 bilion (RM 17.1 bilion) menjelang tahun 2020 pada fasa pertama,” katanya.

Selain itu, eksport Turki ke Vietnam juga dilaporkan telah meningkat sebanyak 16% pada enam bulan pertama 2017, manakala eksport Vietnam ke Turki pula menyaksikan peningkatan sebanayk 33% bagi tempoh yang sama.

“Walaupun keseimbangan perdagangan tidak berpihak kepada Turki, ia (peningkatan) akan dicapai dengan meningkatkan dan mempelbagaikan perdagangan,” ujar Yilidrim.

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close