AntarabangsaIsu Semasa

Pekerja Domestik Di Qatar Akhirnya Diberi Perlindungan

Qatar telah meluluskan sebuah undang-undang yang memberi perlindungan dan beberapa manfaat lain kepada pekerja domestik di negara itu.

Perundangan ini diwujudkan apabila undang-undang negara itu kekal berada di bawah penelitian Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

Antara manfaat utama adalah mengehadkan waktu pekerjaan kakitangan kepada 10 jam maksimum dalam sehari.

Undang-undang yang dikenali sebagai “Domestick Employment Law” itu akan melidungi pembantu rumah, penjaga, tukang masak, pekebun, pemandu, dan juga pekerja pembersihan, antaranya.

Pihak majikan juga perlu membayar gaji pekerja tepat pada waktu di setiap hujung bulan selain daripada memberi sekurang-kurangnya 1 hari cuti dalam setiap minggu dan cuti tahunan selama 3 minggu.

Memetik laporan Qatar News Agency (QNA), pekerja juga akan menerima manfaat penamatan perkhidmatan yang bersamaan dengan gaji tiga minggu bagi setiap tahun perkhidmatan apabila kontrak mereka tamat.

Dari segi pengambilan pekerja pula, undang-undang tersebut melarang mana-mana syarikat/individu untuk mengambil pekerja asing yang berusia lebih daripada 60 tahun atau bawah 18 tahun.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ratusan ribu warga asing telah datang ke Qatar untuk bekerja,, termasuk hampir 100,000 orang wanita yang bekerja sebagai kakitangan hospital.

Walaupun Qatar berhadapan beberapa tekanan antarabangsa agar memperbaiki layanan mereka terhadap pekerja buruh binaan untuk Piala Dunia Bola Sepak 2022 nanti, pekerja domestik masih tidak dilindungi oleh sebarang undang-undang.

Pengkritik telah sekian lama berkempen supaya pekerja domestik diberi perlindungan undang-undang, di mana terdapat segelintir pekerja yang mendakwa mereka terpaksa bekerja dan dilayan seperti hamba.

Ini termasuk penderaan seksual dan fizikal, tidak dibayar gaji dan pasport mereka turut dirampas.

Pada tahun 2014, ratusan pekerja domestik Filipina meminta perlindungan di Kedutaan Doha dan membuat aduan mengenai keadaan bekerja yang amat teruk.

Selain itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi Qatar tempoh sehingga bulan November ini sahaja untuk memperbaiki rekod hak asasi manusia mereka, dan jika tiada perubahan, negara itu bakal dikenakan sekatan.

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close