AntarabangsaIsu SemasaTempatan

Militan ‘Hidup Kembali Selepas Mati’

Dua orang rakyat Malaysia dikehendaki yang berjuang di samping militan IS di selatan Filipina telah membuat penampilan dalam video propaganda terbaru kumpulan itu.

Memetik laporan News Straits Times (NST), video tersebut menyeru orang-orang Islam di rantau ini untuk menyertai kumpulan pengganas berkenaan.

Dalam pada itu, bekas pensyarah Universiti Malaya, Dr Mahmud Ahmad dan bekas pegawai Majlis Perbandaran Selayang, Muhammad Joraimee Awang Raimee dipercayai masih aktif dalam pertempuran di bandar Marawi.

Tetapi, rupa kedua-dua individu itu dilihat amat berbeza dengan imej mereka di sumber-sumber terbuka.

5 rakyat Malaysia yang menyertai IS – Sumber: www.straitstimes.com

Video propaganda berjudul “Inside 3” itu telah diterbitkan oleh al-Hayat yang merupakan media rasmi untuk militan tersebut.

Ia turut menunjukkan ’emir’ puak IS di Filipina, Isnilon Hapilon bersama pejuang-pejuang lain yang dilihat sedang ‘berehat’ daripada pertempuran mereka menentang tentera Filipina.

Walau bagaimanapun, pihak berkuasa Filipina masih belum dapat mengesahkan sekiranya Hapilon masih hidup atau mati.

Difahamkan, pihak berkuasa meletakkan ganjaran sebanyak AS$ 5 juta (RM 21.3 juta) kepada sesiapa yang berjaya menyerahkan pejuang militan itu kepada mereka, tidak kira dalam keadaan hidup atau mati.

Berdasarkan ruang perbualan kumpulan IS, anggota-anggota IS di Mindanao menyatakan bahawa Hapilon masih sebahagian daripada kumpulan yang menentang tentera Filipina.

“Emir Asia Tenggara Wilayat, Abu Abdilah, beraksi,” kata salah seorang anggota. Abu Abdilah merupakan gelaran lain yang diberi kepada Hapilon.

Menurut sumber risikan, Mahmud telah dicalonkan sebagai bakal ketua IS di selatan Filipina.

Dalam pada itu, papan tanda dan gerbang yang dapat dilihat dalam video itu, serta penggunaan bahasa Tagalog, menunjukkan bahawa ia dihasilkan di Marawi.

Sumber itu berkata, Mahmud menggunakan Bahasa Malaysia pada permulaan video tersebut, kerana kumpulan itu menyasarkan penyokong-penyokong mereka, khususnya dari Malaysia, Indonesia dan Singapura untuk menyertai IS di bandar itu.

“Mahmud adalah individu yang kedua berdiri dari kiri. Sebelahnya adalah Joraimee, yang mempunyai ketinggian sama seperti Mahmud,” kata sumber.

Mahmud juga dikatakan menutup mukanya menggunakan ‘shemagh’ dan hanya mendedahkan matanya.

Beberapa bulan lalu, terdapat pelbagai laporan yang menyatakan bahawa bakal ketua IS itu cedera teruk dalam fasa awal pertempuran Marawi dan juga terbunuh.

Mahmud dan Joraimee merupakan antara 5 rakyat Malaysia yang meninggalkan negara. Mereka menyertai Abu Sayyaf sebelum kumpulan itu bersumpah taat setia kepada IS.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihak polis memerlukan lebih masa untuk mengesahkan identiti-identiti rakyat Malaysia di dalam video itu.

Beliau berkata, ini adalah untuk membolehkan polis untuk mengesahkan wajah mereka bersama data dalam sistem pengenalan wajah.

Menurut Ayob, klip video itu dihasilkan dengan niat untuk mempengaruhi orang Islam, khususnya di Asia Tenggara untuk menyertai mereka.

“Malah muzik latar belakang yang mereka gunakan, tambahan kepada ucapan-ucapan oleh pejuang IS….ia bertujuan untuk mempengaruhi penyokong Is untuk menyertai pertempuran di Marawi,” katanya.

Namun, tambah beliau lagi, kawalan IS di Marawi telah berkurang dengan drastik pada masa ini.

 

 

 

 

 

 

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button