Sukan

Pelari Pecut Yang Memintas Bolt Sedih Di ‘Boo’

Pada kejohanan olahraga dunia yang berlangsung di London awal bulan Ogos 2017, dunia telah menyaksikan larian terakhir Usain Bolt, juara pecut dunia dan juara pecut Olimpik sebelum beliau bersara.

Namun, dunia terkejut apabila Bolt tidak berjaya memenangi pingat emas yang dijangkakan dan sebaliknya ia dimenangi oleh pelari dari Amerika Syarikat, Justin Gatlin. Bolt telah memenangi pingat gangsa dalam acara lari pecut 100m tersebut.

Kemenangan yang seharusnya merupakan pengalaman manis bagi Gatlin, 35 tahun telah menjadi sesuatu yang menyedihkan apabila beliau menerima sorakan ‘Boo’ daripada para penonton apabila memenangi larian tersebut. Bukan itu sahaja, penonton juga menyorak nama Bolt.

 

Gatlin yang pernah memenangi pingat emas di Olimpik pada tahun 2004 dan kejuaraan dunia pada tahun 2005 mengaku dirinya sedih apabila diperlakukan seperti itu.

Gatlin juga sebelum ini pernah mendapat rekod buruk apabila beliau dilarang untuk bertanding dari 2006 – 2010 akibat penyalahgunaan dadah, berkata para penonton yang terdiri daripada golongan muda sudah pasti tidak tahu kepahitan yang dilaluinya pada tahun 2006.

“Saya berada di atas trek untuk negara saya dan bukan para penyokong saya. Saya tidak melakukan ini untuk diri sendiri. Terutamanya pada garis permulaan. Saya tidak berada di situ untuk saya seorang. Saya di situ untuk penyokong yang menonton di rumah dan tidak dapat hadir ke stadium,” kata Gatlin penuh kesal dengan tindakan para penonton di stadium terhadap dirinya.

Beliau juga menasihatkan para penyokong untuk membaca dan mengetahui latar belakang seseorang atlet sebelum menghukum.

“Jadilah penyokong sukan. Ketahui siapa yang anda sokong dan kenali siapa yang anda tidak,” nasihat Gatlin.

Gatlin turut memohon maaf sekiranya beliau telah melakukan kesalahan dalam sukan dan melahirkan rasa cintanya terhadap sukan olahraga. Oleh sebab itu beliau kembali setelah lebih 10 tahun dengan hasil usahanya untuk memperbaiki diri

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close