Bisnes & Ekonomi

Menjadikan Impian Mulia Satu Kenyataan

Merupakan perancang perkahwinan untuk hampir satu dekad, Jacqie Teh mengambil keputusan untuk membuka sebuah restoran yang mengupah pekerja yang pekak dan bisu. Dia merasakan itu adalah lebih mulia.

Teh (tengah-tengah) dan kakitangannya

Menggelarkannya takdir, beliau yang berusia 46 tahun itu berkata ia merupakan impiannya sejak sekolah menengah untuk membuka perniagaan di mana individu-individu dengan keperluan khas boleh bekerja dan memperoleh pendapatan yang sepatutnya.

“Ketika di tahun 1, sekolah saya mempunyai murid-murid yang pekak dan bisu di kelas yang berbeza dan saya mula belajar bahasa isyarat untuk bergaul dengan mereka.

“Di sekolah menengah, saya mempunyai seorang kawan yang juga pekak dan bisu, namanya Danny.

“Semakin saya mengenali dia dengan menggunakan bahasa isyarat, semakin kuat saya merasakan jika saya ada peluang membuka perniagaan saya sendiri pada masa akan datang saya akan  mengambil orang seperti beliau bekerja untuk membantu mereka, ,” katanya kepada The Star.

“Saya dapati membuka sebuah restoran adalah cara terbaik untuk mencapai impian ini. Selain itu, saya juga gemar memasak, “katanya.

Kakitangan KFC yang cacat pendengaran

Sehingga 2016, impiannya terpaksa diketepikan ketika dia berjuang mencari cara untuk mengambil  orang pekak dan bisu untuk bekerja dengannya.

Kini, restoran Vegan Delights yang baru dibuka milik Teh yang terletak di Jalan Raja Permaisuri Bainun berhampiran dengan Methodist Girls School di sini, bangga menggunakan 13 individu pekak dan bisu, berumur antara 20 hingga 38 tahun, berkhidmat dan berkebolehan memasak makanan vegetarian.

Cara tersendiri pekerja-pekerja berkomunikasi

“Daripada menggunakan loceng untuk memberitahu kakitangan bahawa makanan sudah sedia, saya telah memasang lampu merah dan biru.

“Jadi apabila lampu merah menyala, pekerja tahu untuk ke dapur untuk mengambil makanan yang baru dimasak, manakala cahaya biru bermakna minuman telah siap dan sedia untuk dihidangkan, ” katanya.

Pada mulanya, Teh berkata beliau dan pekerja menghadapi kesukaran untuk memahami antara satu sama lain. Selain itu, kedua-dua mereka tidak pernah terlibat  dalam sektor makanan dan minuman.

Ketika restoran itu dibuka secara rasmi pada 1 Ogos tahun lalu, Teh berkata lebih banyak pelanggan memasuki kedai mereka daripada yang mereka harapkan.

Berhadapan dengan kesulitan pada mula-mula perniagaan

“Saya masih ingat ada beberapa orang yang mengeluh bertanya mengapa makanan mereka tidak sampai lagi selepas satu jam.

“Nasib baik, mereka sangat memahami apabila saya menjelaskan kepada mereka bahawa saya mengupah individu pekak dan bisu dan mereka terima permintaan maaf saya dan bersabar dengan keadaan itu.” katanya.

Teh berkata menu merekajuga telah ditambah baik beberapa kali untuk memastikan komunikasi yang lancar antara pelanggan dan pekerja.

“Pada masa itu, ia tidak disertai gambar. Apabila pelanggan bertanya tentang hidangan ‘monkey head mushroom’, pekerja kamipun tidak dapat menjelaskannya kepada mereka, “katanya sambil menambah menu itu kini dilengkapi dengan gambar  bagi setiap hidangan yang tersenarai di dalamnya.

Tentang mengapa beliau membuka restoran vegan, yang bermaksud mereka tidak menggunakan bahan seperti telur, susu dan madu, Teh berkata ia disebabkan keputusan peribadi beliau untuk mengamalkan gaya hidup vegan semenjak beberapa tahun lalu.

Teh berkata restorannya adalah mesejnya kepada dunia bahawa individu pekak dan bisu tidak patut dilayan berbeza daripada orang-orang biasa  hanya kerana kecacatan mereka.

Peluang yang lebih baik untuk OKU Cacat Pendengaran

“Sebelum saya membuka restoran ini, ramai pekerja saya memberitahu saya bahawa mereka memperoleh pendapatan sekitar RM600 hingga RM800 bekerja sebagai pengimpal, di kilang-kilang dan sektor perkhidmatan.

“Saya terkejut bagaimana jumlah itu cukup untuk mereka hidup?

“Mereka masih sihat dan kadang-kadang saya rasa mereka lebih rajin daripada kita yang tidak mempunyai apa-apa kecacatan,” katanya.

“Saya mempunyai pekerja Cina, Melayu dan India di sini, saya tidak mengalami kesukaran berkomunikasi  kerana semuanya berkomunikasi dengan bahasa yang sama – menggunakan tangan kami,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button