Gaya HidupKesihatan

Alzheimer Atau Demensia?

Setelah sekian lama berusaha, para penyelidik masih gagal mencari rawatan yang menghentikan atau mengembalikan ingatan, fungsi dan kebolehan berfikir seperti pesakit Alzheimer.

Namun tahukah anda terdapat perbezaan antara penyakit Alzheimer dan Demensia dan terkini sebuah kajian baru, yang diterbitkan dalam jurnal Neurology, mencadangkan sebuah alat diagnostik  yang mungkin dapat mengesan dan membezakan Alzheimer dari jenis demensia yang lain, dengan cara yang lebih mudah dan murah daripada ujian lain yang sedia ada.

Amnesia, yang juga disebut sindrom amnestik (amnestic syndrome), adalah suatu keadaan yang melibatkan hilangnya ingatan perihal fakta, informasi, dan pengalaman pribadi.

Demensia bukanlah penyakit tetapi ia berlaku apaila hilangnya fungsi mental, seperti kognisi, memori, dan kemampuan bahasa yang disebabkan oleh pelbagai keadaan kesihatan termasuk usia.

Jadi bagaimana kita membezakannya?

Penyelidik melaporkan penemuan awal dari kajian percubaan yang menguji kesan ujian diagnosis  penyakit Alzheimer pada hampir 19,000 penerima Medicare.

Kesemua peserta kajian ini – kebanyakannya berusia 70-an, semuanya dengan mempunyai diagnosis yang  sama serta menghidap “gangguan kognitif ringan” atau demensia tidak normal – mereka disyaki mempunyai Alzheimer.

Petscan menunjukkan perbezaan imej otak mereka yang menghidap gangguan kognitif ringan dengan mereka yang menghidap Alzheimer

Kajian ini ditaja oleh Pusat untuk Perkhidmatan Medicare & Medicaid dan Persatuan Alzheimer. Objektifnya adalah untuk mengetahui jika anda tahu anda menghidap alzheimer – melalui ujiam tersebut akan menawarkan sama ada kepastian atau penangguhan – samaada pengetahuan ini akan mengubah cara hidup yang mengalami masalah kognitif, atau cara mereka merancang kehidupan mereka.

Pelbagai faedah mengenalpasti Alzheimer lebih awal

Keputusan awal mencadangkan pengetahuan ini akan mengubah kehidupan seseorang. Setelah mendapat hasil imbasan otak PET untuk mengesan dan mengukur saiz deposit amyloid, ini merupakan ciri utama penyakit Alzheimer, kira-kira dua pertiga daripada subjek melihat rejimen ubat mereka berubah atau mereka diberi nasihat berbeza oleh doktor mereka.

Maklumat baru itu mungkin boleh menjadi panduan bagi ahli-ahli keluarga lain  merancang masa hadapan mereka atau mendorong pesakit untuk membuat keputusan kewangan dan menyerahkan kuasa terhadap peguam dengan lebih cepat.

Sesetengah yang mengetahui telah berhenti mengambil ubat-ubatan yang mempunyai kesan sampingan yang tidak menyenangkan.

Yang lain pula memutuskan untuk mendaftar dalam ujian-ujian klinikal untuk menguji dadah baru.

Mesin imbasan PET

Penyakit Alzheimer adalah jenis demensia kerap berlaku dan paling ditakuti, iaitu kira-kira 60% dan 80% daripada semua kes demensia yang didiagnosis. Tetapi sekurang-kurangnya tujuh bentuk demensia lain yang dikaitkan dengan gangguan pergerakan penyakit Parkinson, boleh menyebabkan hilangnya ingatan, pemikiran, kebolehan membuat keputusan serta keupayaan untuk bercakap, memahami dan menjaga diri.

Setiap jenis demensia mempunyai cara perkembangan berbeza (atau tidak ada perkembangan sama sekali). Mereka bertindak balas dengan terbaik kepada ubat yang berbeza, serta  memerlukan tahap penjagaan dan rawatan yang berbeza.

Kebolehan membezakan jenis-jenis demensia boleh membantu para doktor dan penjaga untuk membuat keputusan yang lebih baik. Namun begitu,  soalan itu baru-baru ini hanya dapat dijawab  selepas berlakunya kematian.

Apabila pesakit mengetahui mereka menghidap Alzheimer, mereka boleh menjaga diri mereka dengan lebih baik serta menyediakan ahli keluarga mereka tentang perkara yang akan berlaku pada masa hadapan

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close