Teknologi

Facebook Bakal Mengeluarkan Cermin Mata Augmentasi Realiti

Facebook telah membuktikan yang ia tiada rancangan untuk perlahankan perkembangan syarikatnya. Dengan aplikasi terbarunya yang berjaya menyelinap masuk ke China, iaitu Colorfull Balloons, kali ini, pengasas Facebook, Mark Zuckerberg berimpian untuk mengaplikasi teknologi augementasi realiti (AR) pada laman sosialnya.

Impiannya itu tidak lama lagi akan menjadi kenyataan menerusi ciptaan cermin mata AR. Cermin mata keluaran Facebook itu dijangka akan bersaing dengan Microsoft Hololens yang baru keluar awal tahun ini dan Snapchat Spectacles.

Menurut Facebook, cermin mata AR bakal membolehkan pengguna melihat objek dalam versi maya, selain berupaya melihat notifikasi dan status baharu yang dimuat turun oleh rakan-rakan mereka di dalam Facebook. Cermin mata AR juga boleh digunakan bersama-sama fon kepala dan konsol permainan untuk pengalaman yang lebih seronok.

Telegraph mengatakan syarikat teknologi realiti maya (VR), Oculus akan bertindak sebagai pengeluar cermin mata tersebut. Oculus berkata, pihaknya akan menggunakan teknologi paparan waveguide dengan pengimbas dua dimensi.

“Teknologi ini akan memantulkan cahaya dalam mata pengguna cermin mata AR dan menunjukkan imej serta video.

“Pendekatan ini pernah digunakan dalam ciptaan set kepala HoloLen AR oleh syarikat Microsoft yang dibangunkan oleh Magic Leap,” katanya.

Facebook bertekad menjadi pemain utama dalam bidang realiti maya. Syarikat itu baru-baru ini melancarkan Spaces, iaitu satu rangkaian sosial maya yang baru di dalam fon kepala Oculus Rift. Dalam aplikasi Spaces, pengguna boleh berinteraksi dengan pengguna lain atau menyiarkan foto atau membuat video langsung ke profil Facebook mereka.

Facebook telah menggambarkan Spaces sebagai “aplikasi VR baru di mana anda bergaul dengan rakan-rakan dalam persekitaran maya yang menyeronokkan seolah-olah anda berada di dalam bilik yang sama”.

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker