AntarabangsaIsu SemasaPolitik

15 Juta Rakyat Nepal Keluar Mengundi November Ini

Kerajaan Nepal telah membuat pengumuman rasmi pada hari Isnin bahawa pilihan raya negara itu akan dilangsungkan pada 26 November 2017.

Pilihan raya kali ini akan memainkan langkah penting untuk melaksanakan perlembagaan baru Nepal yang baru diwujudkan dua tahun lalu (tahun 2015).

Oleh itu, kira-kira 15 juta orang rakyat negara tersebut yang layak untuk mengundi akan memiilih wakil-wakil mereka di dewan parlimen dan negeri, sekali gus mewujudkan sistem pentadbiran persekutan di bawah perlembagaan baru.

Daripada 275 orang ahli parlimen (MP), 165 orang akan dilantik secara langsung manakala 110 orang lagi akan dipilih menerusi perwakilan berkadar.

Perwakilan berkadar merupakan satu sistem pengundian atau pilihan raya yang menentukan keputusan akhir berdasarkan kepada agihan undi yang diraih oleh setiap parti.

Sebagai contoh, sekiranya sesebuah parti itu memperoleh 50% undi popular dalam pilihan raya, maka parti tersebut akan mendapat perwakilan sebanyak 50% di parlimen.

Sistem ini diamalkan di Indonesia dan beberapa negara Eropah seperti Jerman, Belgium dan Turki, antaranya.

Menurut laporan agensi berita Anadolu Agency, lebih daripada 100 parti politik dijangka akan menghantar calon masing-masing, tetapi tiga parti utama iaitu Parti Kongres Nepal, Parti Komunis Nepal  (Marxist-Leninist Bersatu ) dan Maois lebih cenderung untuk menang majoriti kerusi di parlimen.

Kali terakhir Nepal mengadakan pilihan raya adalah pada tahun 2013, iaitu 7 tahun selepas perjanjian damai (tahun 2006) yang mengakhiri peperangan saudara yang berlangsung selama satu dekad di antara kerajaan pemerintah dan kumpulan pemberontak Maois.

Sejak pilihan raya lalu, negara itu telah bertukar-tukar perdana menteri sebanyak 4 kali.

Nepal juga adalah salah sebuah negara yang termiskin di Asia Tenggara, dan ketidakstabilan politik serta bencana alam telah menjejaskan usaha pemulihan negara itu.

Minggu lepas, kira-kira 150 orang telah terbunuh apabila banjir dan tanah runtuh yang berpunca daripada hujan lebat melanda seluruh negara itu.

Show More

Related Articles

Back to top button