AntarabangsaTempatan

Pentingnya Adab Dalam Kerjaya Profesional Dan Sosial

Kadang-kadang kita terlepas pandang tentang perlakuan kita di khalayak ramai. Mungkin kita tidak sedar kita terkasar bahasa ataupun terlupa mengucapkan terima kasih.

Sebaiknya adab itu menunjukkan pendirian kita yang sebenar dan jika adab tidak terjaga, tiada siapa akan menghormati kita meskipun kekayaan, kejayaan atau kecantikan yang dimiliki.

 

Mengapa Adab Itu Penting

Adab adalah garis panduan yang membantu memberitahu apa yang perlu dilakukan dalam situasi tertentu.

Perkara seperti pertama kali memperkenalkan diri dan berjabat tangan termasuk dalam adab kerana ia memfokuskan kepada penghormatan sesama lain untuk membina hubungan yang baik.

Sama ada dalam mesyuarat, atau di acara sosial, kemahiran peribadi boleh mengeratkan atau memutuskan hubungan. Kejayaan profesional individu bergantung pada seberapa baik kita dapat membina hubungan yang kuat. Apabila seseorang berjaya, organisasi mereka juga akan berjaya.

 

Kelebihan Menjaga Adab

Mereka yang mempunyai kemahiran sosial akan menonjol dan mempunyai kelebihan ke atas rakan sebaya mereka.

Perlu juga kita ingat bahawa adab menunjukkan apa atau siapa yang kita mewakili.

Apabila kita melancong ke luar negara, bukan sahaja kita mewakili diri sendiri tetapi nama negara. Apabila kita bertemu dengan rakan bisnes, kita mewakili organisasi pekerjaan kita. Apabila kita di mana jua kita juga mewakili ibu bapa kita.

Kadang-kala sesetengah orang mempunyai pandangan peribadi mereka sendiri, adab juga termasuk dalam cara perbualan sosial. Adalah penting untuk kita ketahui cara menjadi pendengar dan pembicara yang baik tanpa menimbulkan masalah dan juga mewujudkan sikap toleransi kepada pendapat yang berbeza.

Antara etiket atau perlakuan yang perlu diberi perhatian

  1. Merenung terhadap seorang
  2. Bercakap terlalu kuat
  3. Mengganggu seseorang sedang bercakap
  4. Bercakap dengan mulut yang penuh
  5. Mengunyah gam ketika sedang bercakap
  6. Membuat komen yang tidak wajar
  7. Kronik menggunakan telefon bimbit
  8. Menganggu ruang peribadi orang lain
  9. Menyindir dan menghina
  10. Membuat perlakuan kotor di tempat awam
  11. Potong barisan
  12. Membuang sampah di tempat awam
  13. Memakai pakaian yang tidak sesuai

Bagaimana untuk memperbaiki adab kita

  1. Cerminkan diri
    1. Haruslah kita kerap bertanya kepada diri sendiri jika perlakuan kita adalah memuaskan. Antaranya adalah selalu mengucapkan terima kasih, sila atau maaf.
  2. Tetapkan matlamat
    1. Tulis perkara yang boleh atau ingin diperbaiki pada diri sendiri. Di situ kita boleh fokuskan satu demi satu adab yang ingin dibaiki.
  3. Pantau kemajuan
    1. Dalam masa sebulan kita boleh pantau kemajuan matlamat yang ditetapkan. Sama ada adab kita sudah diperbaiki atau perlu lebih masa menanamkan sifat itu pada diri sendiri.
Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close