Sukan

Pelumba Basikal Dunia Mahu Bersara Dan Buat Kek

Berusia 25 tahun, pelumba basikal dunia yang pernah memenangi kejuaraan dunia pada tahun 2013 dan pingat perak dalam Olimpik Rio 2016 mahu bersara dan meneruskan impiannya untuk membuat kek.

Itulah niatnya setelah mengalami kecederaan lutut yang teruk serta kanser serviks. Selain itu beliau juga pernah menghidap demam kelenjar, pembedahan untuk membuang apendiks dan juga pembedahan bahu.

Dengan senarai kesihatan yang tidak baik beliau pernah alami, Becky James telah membuat keputusan untuk bersara setelah 13 tahun berkecimpung di arena lumba basikal.

James optimis bahawa perniagaan dan minatnya terhadap membuat kek akan berhasil setelah ramai yang memberi respon positif terhadap kek hasil buatannya.

Inilah hasil beberapa kek buatan beliau yang boleh dilihat di Instagram milik Becky James (@bakedbybecks) dipetik daripada WalesOnline.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close