AntarabangsaIsu Semasa

Kanak-Kanak Diculik Dan Dipaksa Jadi Tentera

Seorang lelaki di Myanmar berhadapan hukuman penjara 2 tahun kerana didakwa ‘memfitnah” tentera negara itu apabila menceritakan pengalaman pahitnya menjalani kehidupan sebagai tentera kanak-kanak dalam satu temubual dengan syarikat radio tempatan.

Lelaki bernama Aung Ko Htwe, 26, telah ditahan pada hari Jumaat lepas, selepas temubualnya bersama Radio Free Asia’s Burmese Service.

Memetik laporan South China Morning Post, Ko Htwe telah diculik dan dipaksa berkhidmat dalam tentera ketika zaman remajanya.

“Polis menahan dia untuk 505[b],” kata Nay Zar Htun, kakak kepada Ko Htwe, yang merujuk kepada kod jenayah di Myanmar yang merangkumi kesalahan memfitnah tentera, dan boleh dikenakan hukuman penjara selama 2 tahun.

Sebelum ini, tentera Myanmar memerintah selama berdekad-dekad dengan melaksanakan pelbagai kekejaman sehingga melumpuhkan perkembangan negara itu.

Namun pada tahun 2011, tentera akhirnya melepaskan kuasa mereka.

Tentera pusat dan pelbagai tentera pemberontak etnik amat aktif menggunakan kanak-kanak sebagai tentera.

Sebelum ini, tentera dikatakan menculik puluhan ribu kanak-kanak dan kemudian memaksa mereka untuk berkhidmat selama beberapa dekad.

Myanmar kini ditadbir dengan sistem kerajaan berdemokrasi yang diketuai oleh Aung San Suu Kyi, namun pihak tentera masih memegang kuasa politik yang besar dan masih ‘sensitif’ terhadap sebarang kritikan yang dilemparkan kepada mereka.

Menurut Nay Zar Htun, adik lelakinya itu telah diculik oleh tentera ketika dia berusia 14 tahun pada tahun 2005.

“Dia merasa tidak senang mengenai waktu yang diluangkan dalam tentera. Jadi dia selalu mahu menceritakan kisahnya kepada orang ramai dan ibu bapa untuk memastikan kanak-kanak lain tidak mengalami nasib sama sepertinya,” katanya.

Walau bagaimanapun, tiada angka tepat mengenai berapa ramai kanak-kanak yang masih menjadi mangsa dalam kalangan 500,000 anggota yang berkhidmat dalam tentera Myanmar atau tentera pemberontak etnik.

Pada tahun 2012, tentera negara telah membebaskan hampir 850 kanak-kanak dan belia selepas menandatangani perjanjian dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Tetapi, pakar menyatakan bahawa kanak-kanak masih golongan yang berisiko untuk menjadi mangsa tentera.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker