Anak kedua keluarga jutawan India di Gujarat meneruskan tradisi keluarga mengambil upah membuat pekerjaan berstatus rendah, seperti buruh kasar dan pekerja kilang selama sebulan, kata Tamil Nesan.

Anak Jutawan India Ini Dari Keluarga Terkenal Dengan Memberi Bonus Lumayan Kepada Kakitangan
Keluarga Dholakia itu memiliki beberapa perniagaan termasuk syarikat pengeksport berlian, Hari Krishna Exports serta perniagaan-perniagaan lain bernilai lebih RM 4 bilion.
Keluarga ini terkenal kerana memberikan bonus yang lumayan kepada pekerja, termasuk rumah flat, kereta, dan barang perhiasan bernilai puluhan juta ringgit.

Mengikuti jejak langkah abangnya yang bekerja di Hyderabad ketika sedang mengikuti pengajian MBA di Amerika Syarikat.
Amalan Keluarga Untuk Memahami Perasaan Orang Kurang Bernasib Baik
Hidarth si adik meluangkan masa selama sebulan di Kochi, mendakwa dirinya berasal daripada keluarga petani.
Beliau dilaporkan bekerja di sebuah kedai percetakan, kilang kasut, dan beberapa pekerjaan lain yang tidak mengenalinya serta tinggal bersama orang-orang yang berlainan termasuk pekerja kilang, pemandu beca, dan pada satu ketika, seorang mistik.

Keluarga ini mengikuti amalan ini supaya anak-anak mereka akan memahami pengalaman dan perasaan mereka yang kurang bernasib baik dan nilai sesuatu pekerjaan.