AntarabangsaIsu Semasa

‘Pilotless Plane’ Dijangka Bermula 2025

Pilotless Plane atau pesawat tanpa juruterbang dijangka bermula pada 2025 nanti apabila sebuah syarikat penerbangan berhasrat untuk membina pesawat tanpa juruterbang bernilai AS$35 bilion (RM150 bilion).

Beberapa penganalisis bank UBS mendapati bahawa pesawat yang dilengkapi dengan teknologi canggih mampu dikawal dengan sistem kawalan jauh.

Malah, kaedah itu dikatakan bakal memberi manfaat ekonomi kepada syarikat pengeluar kerana dilihat mampu mengurangkan kos menggunakan perkhidmatan juruterbang dan anak kapal.

Di Amerika Syarikat, para penumpang bakal menikmati kebaikannya apabila pemotongan harga ditawarkan sekurang-kurangnya sehingga sebelas peratus.

Malangnya, satu tinjauan telah dilakukan dan didapati bahawa penumpang kelihatan belum bersedia untuk menaiki pesawat yang dikawal oleh alat kawalan jauh. Lebih separuh daripada 8,000 orang yang ditinjau oleh UBS (54 peratus) berkata mereka enggan terbang dalam pesawat tanpa juruterbang, walaupun kos penerbangan dikurangkan.

Antara yang bersetuju untuk memilih pengangkutan udara tanpa juruterbang adalah responden yang berumur antara 18 dan 34 tahun dan mereka yang mempunyai ijazah universiti lebih bersedia untuk terbang dalam pesawat berkenaan.

Teknologi asas untuk pesawat tanpa juruterbang sudah wujud. Dron tentera, sebagai contoh dikendalikan dari jauh dan kajian mengatakan teknologi ini boleh disesuaikan untuk mengawal pesawat komersil.

Walau bagaimanapun, tidak semua orang begitu yakin dengan perkembangan teknologi ini. Steve Landells, pakar keselamatan penerbangan dan bekas juruterbang, melahirkan kebimbangan bahawa dalam kegembiraan idea futuristik ini, ada yang mungkin melupakan realiti perjalanan di udara.

Automasi di dalam kokpit bukanlah sesuatu yang baru tetapi khidmat juruterbang masih diperlukan untuk mengendalikan mesin automatik yang berkemungkinan menghadapi kegagalan fungsi ketika penerbangan.

Landells tidak mempercayai idea ‘pesawat tanpa juruterbang’ akan menjadi realiti dan positif bahawa apa yang lebih mungkin berlaku adalah juruterbang akan mengawal pesawat dari tanah sahaja.

Pesawat tanpa juruterbang komersial dijadualkan akan diuji pada tahun hadapan, lapor Independent.co

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close