Teknologi

Chatbot Bantu Pelajar Pilih Pengajian

Universiti Leeds Beckett telah melancarkan chatbot (‘robot chat’) untuk membantu bakal pelajar mencari kursus yang sesuai. Hal ini berikutan pengumuman keputusan A-level di England, Wales dan Ireland Utara.

Menggunakan teknologi chatbot Facebook Messenger, pelajar akan dapat menilai sama ada mereka sesuai untuk sesebuah kursus, kata universiti itu.

BBC juga melaporkan, jika mereka lebih suka bercakap dengan manusia talian telefon juga akan terus dibuka sepanjang proses penjelasan.

Ketua  bahagian pengalaman dan pendekatan digital universiti tersebut, Dougal Scaife, berkata: “Kami tahu bahawa sudah menjadi kebiasaan bakal pelajar kami menggunakan pelbagai perisian pemesejan untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan mereka,  antaranya seperti Snapchat, WhatsApp, dan juga teks. Jadi tindakan memajukan chatbot adalah tindakan terbaik untuk mendekatkan pihak kami dengan bakal pelajar menggunakan saluran yang sentiasa ada, biasa, dan selesa bagi mereka. “

Menjadi kebiasaan pelajar menggunakan aplikasi untuk berkomunikasi

Chatbot mengurangkan beban kerja

Pamela Clark-Dickson, seorang penganalisis di firma penyelidikan Ovum, berpendapat ia merupakan sebuah cara yang baik untuk menggunakan teknologi.

Sesi chat pelajar universiti dengan chatbot berkemampuan menjawab soalan-soalan mudah

“Semakin banyak organisasi menggunakan chatbots malah ia berguna dan berkesan untuk melaksanakan tugas yang agak mudah.”

“Ia mengurangkan beban bagi  individu membolehkan mereka menguruskan pertanyaan yang lebih kompleks.”

Leeds Beckett bukanlah universiti pertama yang menggunakan teknologi chatbot.Pada tahun lepas, Universiti Georgia Tech menggunakan chatbot untuk menjawab soalan daripada pelajar yang mendaftar dalam kursus kecerdasan buatan (artificial intelligence).

Teknologi chatbot menggunakan teknologi Facebook Messenger

Ia  diberi nama Jill Watson kerana ia berdasarkan teknologi IBM Watson.

Chatbot tersebut adalah antara sembilan pembantu pengajar  yang menjawab beribu-ribu soalan yang diutarakan di dalam forum online matapelajaran tersebut.

Professor Ashok Goel, individu yang mengambil  Jill Watson bekerja, tidak mendedahkan bahawa ia bukannya seorang manusia sehingga pelajar telah selesai menduduki peperiksaan akhir mereka.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close