AntarabangsaIsu Semasa

Telur Dadar Gergasi Tetap Dimasak

Kira-kira 1,000 orang telah berkumpul di bandar kecil Malmedy di Belgium, untuk menikmati telur dadar gergasi yang dimasak menggunakan 6,500 biji telur, walaupun seluruh Eropah sedang dilanda kebimbangan mengenai isu telur ayam yang tercemar dengan racun.

Bulan lepas, Belgium menjadi negara yang pertama untuk memaklumkan secara rasmi kepada sistem keselamatan makanan Kesatuan Eropah (EU) mengenai kewujudan telur yang tercemar oleh penyembur racun serangga, di ikuti Belanda dan Jerman.

Memetik laporan The Star, racun serangga yang boleh menjejaskan kesihatan manusia itu turut ditemui dalam telur di 14 negara Eropah lain sejak skandal tersebut didedahkan pada awal bulan ini (1 Ogos).

Malah, telur di Hong Kong juga turut didapati sudah tercemar oleh racun serangga yang serupa.

Susulan insiden ini, jutaan telur di pasar raya terpaksa dibuang sementara lebih daripada 150 buah ladang di Belanda turut ditutup.

Walau bagaimanapun, sekurang-kurangnya 1,000 orang masih berani turun padang untuk menikmati telur dadar gergasi tersebut, di mana angka ini jauh lebih rendah berbanding tahun lepas yang mencatatkan kehadiran 7,000 orang.

Acara ini telah dianjurkan oleh cawangan tempatan World Giant Omelette Brotherhood di Malmedy untuk lebih daripada 20 tahun.

Ia memakan masa satu minggu untuk menyediakan telur gergasi ini, di mana mereka secara berhati-hati memilih 6,500 biji telur daripada tempat-tempat yang terpilih berbanding 10,000 telur pada acara-acara sebelum ini.

“Kami mempunyai keyakinan penuh terhadap produk tempatan kami…pembekal kami juga adalah tempatan dan mereka mematuhi setiap jaminan kesihatan sejak dahulu lagi,” kata Rene Bourguiognon, salah seorang yang terlibat dalam penyediaan telur dadar itu.

Menurut ‘grandmaster’ organisasi itu, Jean-Pierre Gilles, jumlah hadirin menunjukkan petanda yang baik.

“Sudah tentu orang awam mungkin mempunyai keraguan dan kami juga takut sedikit, tetapi melihat pada jumlah (hadirin) yang hadir hari ini, saya rasa semuanya berjalan dengan lancar,” ujar Gilles.

Tambahnya lagi, sebarang keraguan telah ‘dibuang’ oleh persahabatan dan kemesraan.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close