Sukan

Mo Farah Ingin Dikenali Sebagai Mohamed

Mo Farah merupakan atlet pelari jarak jauh Britain yang pernah memenangi empat pingat Olimpik dan enam pingat kejohanan dunia. Beliau dilahirkan di Somalia pada 23 Mac 1983 tetapi berpindah ke Britain untuk bersama bapanya yang lahir dan membesar di London, England.

Mo Farah merupakan atlet Britain yang paling berjaya dalam sejarah Olimpik modern. Beliau merupakan orang kedua dalam sejarah setelah Kenenisa Bekele untuk memenangi beregu jarak jauh dalam kejohanan Olimpik dan Kejohanan Dunia tetapi merupakan atlet yang pertama dalam sejarah untuk mempertahankan kedua-dua gelaran dalam dua pertandingan global. Kejayaan beliau dianggap sebagai ‘quadruple-double’ (gandaan empat).

Walaupun sentiasa berusaha keras dan membuktikan dirinya hebat di trek, beliau juga mendapat cabaran yang dasyat apabila beliau dan pelatihnya dituduh atas menggunakan dadah terlarang untuk meraih kemenangan. Beliau sempat melahirkan kekecewaannya kepada media yang menulis tentang pertuduhan itu baru-baru ini dengan berkata,

“Sejarah tidak berbohong.  Ramai yang berbangga dengan pencapaian saya selama ini. Anda boleh menulis apa yang anda suka. Hakikatnya saya telah mencapainya dengan kerja keras dan dedikasi tahun demi tahun untuk negara saya.”

Farah mempunyai rekod tanpa kalah dalam kejohanan global namun telah dikalahkan oleh Muktar Edris, pelari dari Ethiopia pada pertandingan akhir 5000 meter pada kejohanan dunia tahun ini.

AFP baru-baru ini melaporkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mo Farah bahawa kini beliau mahu dikenali sebagai ‘Mohamed’ dan bukannya lagi ‘Mo’ setelah keputusannya untuk berhenti menjadi pelari trek jarak jauh kepada pelari di atas jalan.

Beliau berkata, “Saya rasa Mo telah berakhir. Saya perlu melupakan kejayaan yang pernah saya capai dan apa yang pernah saya lakukan (di atas trek).”

Mohamed merupakan nama pertama beliau iaitu Mohamed Muktar Jama Farah. Walaupun kalah pada pertandingan 5000 meter, beliau tetap memenangi emas dalam perlumbaan 10,000 meter di Stadium London baru-baru ini.

 
Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close