Gaya HidupPercutian

Hotel Membekalkan Telefon Pintar Bagi Pelancong Luar Negara

Biasanya apabila sampai ke destinasi percutian,  perkara pertama yang kita lakukan adalah mencari gerai telekomunikasi untuk membeli kad SIM tempatan supaya kita boleh berhubung dengan yang tersayang.

Merasakan ini akan menyusahkan pelancong, Berjaya Hotels & Resorts (BHR) mengumumkan bahawa ia akan menyediakan telefon pintar percuma lengkap dengan kad SIM tempatan di dalam semua bilik hotel untuk untuk kegunaan tetamu, lapor The Star.

Telefon pintar, Handy yang bakal diberi pinjam  pelanggan Berjaya Hotel & Resort sepanjang penginapan mereka di situ

Pembekalan telefon pintar khidmat yang handy

Dinamakan “Handy”, telefon pintar Android tersebut adalah percuma untuk kegunaan tetamu BHR supaya pelawat boleh membuat panggilan tempatan tanpa had, melayari Internet dengan data tanpa had dan memuat turun aplikasi mudah alih kegemaran untuk kegunaan mereka.

Selain itu, para tetamu juga boleh menggunakan Handy untuk menikmati perkhidmatan hotel serta kandungan tentang  destinasi seperti tempat-tempat menarik dan promosi berdekatan semasa mereka sedang menginap di sini.

Ciri yang paling hebat adalah ia juga boleh digunakan untuk membuat panggilan antarabangsa percuma ke lima negara yang disenaraikan hotel tersebut. Lima negara yang terpilih mewakili negara asal pelancong antarabangsa teramai yang datang menginap di hotel itu.

Sekiranya anda memerlukan sebarang bantuan semasa sedang berjalan-jalan, anda boleh menghubungi penjaga atau meja penyambut tetamu dengan mudah. Nombor mereka ada di pangkalan data  Handy, mereka mungkin dapat membantu anda.

Berjaya hotel dan Resort di Langkawi

“Kami bangga dapat menjadi hotel Pertama di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan yang handy (“berguna “) kepada tetamu hotel kami.

“Setiap tahun, kami mempunyai hampir satu juta tetamu yang menginap di 14 hotel kami yang terletak di tujuh buah  negara, dan ini boleh menyebabkan kesulitan.

“Dengan adanya Handy, tetamu kami tidak perlu membeli kad SIM tempatan supaya mereka boleh berhubung dengan keluarga dan rakan mereka yang ada di luar negara.

“Perkhidmatan ini selaras dengan misi kami untuk memberikan perkhidmatan dan pengalaman terbaik kepada tetamu dalaman kami; Ini juga dapat membantu mereka menjimatkan kos, “kata ketua pegawai eksekutif BHR, Hanley Chew.

Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur akan menjadi hotel BHR yang pertama untuk memiliki Handy di semua bilik tetamu.

Chew menambah bahawa Handy akan diagih-agihkan ke  13 hotel lain menjelang akhir bulan hadapan. Pada akhir penginapan anda, semua data akan dipadam dan telefon pintar akan diset untuk kembali kepada tetapan kilangnya untuk tetamu seterusnya.

13 hotel tersebut termasuk Ansa Kuala Lumpur, Berjaya Langkawi Resort dan Berjaya Eden Park Hotel London di London.

Tags
Show More

Related Articles