Antarabangsa

Barack Obama Pecah Rekod Twitter Tentang Keganasan Di Charlottesville

“Tiada siapa yang dilahirkan untuk membenci orang lain disebabkan warna kulit mereka ataupun latar belakang ataupun agama mereka. Semestinya semua orang belajar untuk membenci dan jika mereka boleh belajar untuk membenci, mereka boleh belajar untuk menyayang, kerana sayang adalah perkara semula jadi bagi hati manusia berbanding sebaliknya.”

Pos daripada bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, yang memetik Nelson Mandela berjaya memecah rekod Twitter dengan paling banyak like.

Posnya yang kini terdapat hampir 4 juta like adalah respons beliau terhadap keganasan yang membawa maut di Charlottesville, Virginia.

Pembantahan di Charlottesville

Memetik dari BBC, insiden itu bermula daripada bantahan beratus orang yang terdiri daripada kumpulan ketuanan kulit putih yang hadiri Charlottesville.

Bandar itu telah merancang untuk menurunkan patung Robert E. Lee, seorang jeneral yang berjuang dalam Perang Saudara Amerika lebih 150 tahun lalu.

Beliau berjuang untuk mempertahankan perhambaan dan beliau sendiri memiliki banyak hamba.

Tetapi kumpulan ketuanan kulit putih dan kumpulan Nazi membantah keputusan tersebut kerana mereka menganggap tindakan menurunkan patung Jeneral Lee  adalah satu serangan kepada kaum kulit putih.

Kumpulan anti-rasisme mula sampai di Charlottesville untuk membantah kumpulan ketuanan kulit putih dan keganasan telah tercetus antara kedua-dua kumpulan tersebut.

Seorang lelaki telah melanggar kumpulan anti-rasisme menggunakan kereta menyebabkan seorang wanita terbunuh dan 19 orang tercedera.

Kutukan Presiden Trump

Terdapat ramai yang tidak puas hati dengan ulasan yang diberi oleh Presiden Trump tentang keganasan tersebut dan kutukan beliau yang berdolak-dalik.

Pada kenyataan pertamanya, beliau mengutuk keganasan dari ‘banyak pihak’. Beliau dikritik oleh orang ramai, termasuk ahli politik, kerana tidak keras dengan kutukan beliau.

Mereka berkata Presiden Trump sepatutnya jelas mengatakan kumpulan ketuanan kulit putih yang salah, dan kereta yang merempuh orang ramai adalah tindakan keganasan.

Presiden Trump kemudian bercakap untuk kali kedua, mengatakan “Rasisme adalah jahat dan mereka yang membuat keganasan atas nama rasisme adalah penjenayah dan samseng.” Beliau juga berkata tingkah laku kumpulan itu menentang semua nilai Amerika.

Tetapi dalam ulasan terbarunya, Presiden Trump sekali lagi, menyalahkan kedua-dua belah pihak atas apa yang berlaku.

Respons Barack Obama dikatakan ketara dengan ulasan yang dikeluarkan oleh Presiden Trump.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close