Kesihatan

Lebih Baik Mula Bersenam Pada Usia Emas?

Usia tidak sepatutnya menjadi penghalang untuk melakukan pelbagai perkara. Sebenarnya mula bersenam ketika beranjak usia emas membuat anda terus melakukan senaman untuk masa yang lama.

 

Bersenam Di Usia Emas Lebih Kurang Cedera?

Terdapat bukti-bukti yang menunjukkan seseorang yang mula menjaga kesihatan apabila sudah berusia tidak mudah cedera seperti mereka yang melakukan senaman ketika masih muda.

Hal ini masuk akal kerana lebih awal anda mula bergiat dalam senaman, terutamanya jika anda seorang atlet profesional atau terlibat dalam sukan yang kompetitif, adalah lebih mudah untuk anda tercedera.

Kecuali jika anda-anda betul minat dengan senaman, ramai orang akan mengetepikan sukan selepas meninggalkan sekolah menengah. Ada yang akan menyertai gim atau menjadi ‘pahlawan’ pada hujung minggu.

Namun begitu, majoriti individu berpuas hati jika tidak perlu melakukan apa-apa aktiviti fizikal pada hujung mingggu. Alasan mereka adalah ketiadaan masa dan letih. Lebih besar faedahnya, apabila anda mula bersenam ketika sudah lebih berusia, daripada jika anda lakukannya semasa anda masih muda.

 

Betul Ke Lebih Baik Untuk Kesihatan Apabila Bersenam Pada Usia Emas?

Sebuah kajian yang diterbitkan dalam Jurnal American College of Cardiology menunjukkan bahawa terdapat perbezaan dalam kes sakit jantung bagi individu berusia yang baru bergiat aktif  dan mereka yang bergiat aktif ketika masih muda.

Pasukan itu, dari Institut Karolinska Stockholm, memantau kemajuan 33,000 lelaki Sweden dari tahun 1998 hingga 2012.

Peserta yang mempunyai purata usia 60 tahun telah mengisi borang soal selidik yang meminta mereka menerangkan senaman yang dilakukan mereka pada bulan yang sebelumnya.

Mereka juga perlu ingat semula betapa aktif mereka pada usia 30 tahun.

Lelaki yang kerap melakukan senaman pada usia 30-an, tetapi tidak aktif pada umur 60 tahun, mempunyai risiko yang sama untuk menghidap kegagalan jantung seperti orang lain.

Mereka yang tidak aktif pada usia 30 tahun, tetapi melakukan senaman beberapa bulan dahulu, kurang berhadapan dengan risiko sakit jantung.

Berjalan atau berbasikal selama 20 minit sehari dapat mengurangkan risiko kegagalan jantung sebanyak  21%.

Johanna Quaas merupakan ahli gimnastik tertua di dunia. Beliau sedang meunjukkan demostrasi di atas katil untuk warga emas di 8th International Ageing Asia Innovation Forum di Singapura

 

Senaman Ringan Adalah Yang Terbaik

Namun begitu, kajian ini juga menunjukkan bahawa latihan fizikal yang berat, seperti larian jarak jauh yang sengit, dikaitkan dengan kesan kardiovaskular yang buruk.

Bagi mereka yang sangat tidak aktif, yang terbaik untuk mereka adalah untuk menjadi sederhana aktif. Membahayakan kesihatan jika mereka cuba menjadi sangat aktif pada kadar yang terlalu cepat, antaranya adalah penyakit jantung.

Senaman ringan untuk masa yang pendek juga lebih berfaedah daripada senaman yang berat untuk jangka masa yang panjang.

Kira-kira 50% daripada mereka yang  memulakan program senaman berat berhenti melakukannya  dalam masa setahun, jadi jangan cuba bertukar daripada orang yang suka berehat menonton TV kepada ahli sukan secara mendadak.

Kunci untuk mencapai dan mengekalkan tahap kecergasan yang mencukupi adalah dengan bermula  secara perlahan-lahan,  dengan mencari aktiviti yang menyeronokkan namun mencabar.

 

Bertukar Senaman Baik Supaya Tidak Cepat Bosan

Apabila anda dapat melihat hasil senaman, adalah lebih baik untuk sentiasa menukar-menukar  senaman yang berat dengan senaman ringan dan untuk mengubah rutin anda supaya tidak cepat berasa bosan.

Tubuh manusia kehilangan protein serta jisim otot seiring dengan usia. Dalam sukan-sukan kuasa, seperti gimnastik atau  pecut 100m, peserta melalui zaman puncak mereka pada usia 20-an.

Tetapi, dalam sukan-sukan ketahanan seperti renang atau berbasikal jarak jauh, atlet hanya mencapai zaman puncak mereka pada usia 30-an, selepas bertahun-tahun berlatih.

Mereka yang lebih berusia cenderung melakukan aktiviti seperti memasuki hutan,  mendaki gunung dan berbasikal.

 

Warga Emas Yang Masih Bertanding

Terdapat ramai yang lambat menyerlah  telah melibatkan diri dalam sukan. Ini membuktikan usia hanyalah angka. Mereka mungkin sudah berumur, tetapi kecergasan mereka seperti orang muda dan boleh mengalahkan generasi tersebut.

Anda mungkin pernah mendengar tentang Sister Madonna Buder, “Biarawati besi” yang menjadi sumber insprasi bagi ramai dengan sikapnya yang positif.

Wanita  berusia 87 tahun itu memilih kehidupan sebagai biarawati Roman Katolik, beliau mula berlari pada usia 48 tahun ketika seorang paderi menyarankan agar dia berjoging di tepi pantai. Sejak itu, beliau tidak pernah berhenti berlari.

Pelari maraton berusia lebih 100 tahun,  Fauja Singh, 106, sering mengambil bahagian dalam Marathon Mumbai. Dia mula berlari ketika berusia 89 tahun.

Bersyukur  kepada Tuhan  sebagai jurulatihnya, wanita luar biasa ini telah menyelesaikan lebih 360 triathlon dan 45 acara Ironman – perlumbaan tiga bahagian yang terdiri daripada berenang sejauh 2.4 km (3,9km), berbasikal sejauh 112 km (180 km) dan satu bahagian maraton penuh. Malah, beliau juga memaksa penganjur Ironman untuk mencipta kategori baru untuk peringkat umurnya.

 

Atlet Pada Usia 91 Tahun

Ataupun Johanna Quaas,  individu Jerman kecil yang tidak membenarkan badannya berusia 91 tahun untuk menghalangnya daripada menjadi atlet elit.

Dia memegang Rekod Dunia Guinness untuk kategori “ahli gimnastik tertua”, dan mula bersukan ketika dia berusia sembilan tahun, namun beralih ke bola baling selepas Perang Dunia II.

Walaupun telah menjadi seorang ibu dan  banyak perkara lain berlaku dalam kehidupannya, gimnastik tetap dekat di hatinya. Dia mula bersaing pada usia 56 tahun dan menontonnya melakukan pergerakan di atas bar selari itu adalah pengalaman yang hebat.

Tidak pernah terlambat untuk mula bersenam. Setiap pergerakan kecil bermanfaat ketika anda meniti usia.

Amat penting untuk anda  kenali badan anda. Berehat seketika dan dapatkan nasihat perubatan jika anda mengalami tanda-tanda yang merisaukan , terutamanya sakit atau tekanan pada dada, keletihan, sesak nafas, pening kepala atau degupan jantung yang tidak teratur.

Show More

Related Articles

Back to top button