Bisnes & Ekonomi

Komputer Telah Mengambil Alih Kerja ‘Dewa’ Minyak

Pengasas Pengurusan Astenbeck Capital, Andrew ‘Andy’ Hall sangat dihormati dalam bidang perdagangan minyak sehinggakan beliau diberi gelaran “Dewa” dalam industri ini. Tetapi Hall mengakui bahawa nilai analisisnya telah berkurang sejak memasuki era perdagangan automatik.

Andy Hall

Kebangkitan perdagangan automasi mengganggu pasaran minyak

Kebangkitan perdagangan berasaskan mesin menyebabkan banyak ketidakstabilan ke dalam pasaran minyak, membuatkan semakin sukar untuk menghasilkan pulangan dengan melakukan analisis asas yang dikuasai Hall, katanya dalam surat yang diperoleh Bloomberg News. Hall mengesahkan dalam surat itu beliau bakal menutup saham lindung utamanya di Astenbeck selepas ia dilaporkan mengalami kejatuhan sebanyak hampir 30 peratus,  Bloomberg melaporkan.

“Sistem perdagangan algoritma semakin meningkat,” tulis Hall. “Melabur dalam minyak ketika pasaran  dalam keadaan ini menggunakan pendekatan asas menjadi semakin mencabar. Nampaknya ia mungkin akan terus berlaku buat masa yang akan datang.”

Apa itu perdagangan algoritma?

Perdagangan algoritma ( juga dikenali sebagai perdagangan automatik, perdagangan kotak hitam, atau perdagangan algo ) merupakan sebuah proses  yang menggunakan komputer yang telah  diprogram untuk mengikut arahan yang telah ditetapkan untuk membolehkan suatu perdagangan menghasilkan keuntungan pada kelajuan dan kekerapan yang tidak mungkin dicapai oleh seorang individu. Jadi perdagangan algoritma berkemampuan mengambil alih tugas manusia dan ini mengakibatkan banyak pekerjaan dan sumber pendapatan  hilang di tangan automasi.

Menurut laporan CNBC, Hall tidak bersendirian. Ramai  pedagang minyak yang telah lama dalam industri ini  mendapati diri mereka terjerat oleh pergerakan harga yang tajam yang bertentangan dengan isyarat asas seperti keseimbangan bekalan dan permintaan, tahap simpanan dan gangguan di kawasan-kawasan  penghasil minyak.

Perdagangan automatik menyumbang hampir 60 peratus daripada kontrak berkaitan tenaga dari akhir tahun 2014 hingga akhir 2016,  lapor Commodity Features Trading Commission pada bulan Mac. Ia semakin meningkat berbanding hampir 50 peratus dalam tempoh dua tahun sebelumnya.

Hall bersama isteri Christine (kiri) dan anaknya Emma

Bakat Hall dalam analisis membenarkannya untuk meramalkan pasaran dalam minyak mentah, membantu dia menjaringkan $100 juta dalam bentuk bonus di Citi dalam tempoh setahun.

“Dewa” minyak itu yakin bahawa harga akan naik tahun ini, tetapi sekarang penurunan berlaku dalam harga komoditi. Dua faktor yang menyebabkan berlakunya perkara ini adalah pemotongan pengeluaran yang diketuai oleh OPEC yang bertujuan untuk mengakhiri lebihan dan pemulihan yang mengejutkan dalam pengeluaran syal AS semasa  harga  mencecah lebih  $ 50 setong.

“Apabila OPEC  membicarakan tentang peningkatan pemotongan pengeluaran merupakan tanda kelemahan, bukan kekuatan,”  Bloomberg memetik surat Hall.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker