Isu SemasaTempatan

Pertandingan Spell-It-Right Kini Secara Digital

Pelajar, guru atau ibu bapa tidak lagi perlu mengunjungi tempat pertandingan untuk menyertai cabaran Spell-It-Right (SIR) seperti musim-musim sebelum.

Memasuki musim ke-10, SIR yang bermula pada 16 Ogos akan menggunakan format baru. Seperti pada tahun-tahun sebelumnya, cabaran itu dibahagikan kepada tiga peringkat. Apa yang berbeza kali ini adalah cara setiap peringkat akan dimainkan.

Kali ini, tidak akan ada ujian bertulis untuk peserta memasuki cabaran di peringkat negeri. Sebaliknya, pelajar akan menggunakan aplikasi mudah alih yang dipanggil SIR Challenge. Dari 21 Ogos dan seterusnya, pelajar boleh mula mengakses aplikasi mudah alih atau laman web dan mengambil bahagian dalam pertandingan.

Sempena sambutan ulang tahun ke-10 SIR, dua cabaran pertama iaitu peringkat saringan dan peringkat negeri akan dilakukan secara dalam talian, di mana peserta boleh menyertai melalui laman web SIR atau aplikasi mudah alih SIR, lapor NST.com.

 

Peserta sir dari pelbagai latar belakang

 

Penggunaan format digital dalam pertandingan ini akan memperluaskan capaian untuk persaingan ejaan ini kepada khalayak yang lebih luas. Ia juga akan memberikan peluang yang lebih besar kepada para pelajar untuk menyertai acara tahunan ini kerana segalanya berada di hujung jari mereka.

Dengan kerjasama New Straits Times dan Kumpulan Perbankan RHB, Spell-It-Right bermula pada tahun 2008 dengan matlamat untuk memupuk penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan remaja Malaysia dan untuk mempromosikan penggunaan akhbar itu sebagai alat pendidikan. Pertandingan ini juga telah mendapat sokongan daripada Kementerian Pendidikan.

Menggunakan sukatan pelajaran pendidikan Malaysia, pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar yang belajar di sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan dan juga sekolah swasta.

Setiap tahun, pertandingan ini menarik lebih daripada 15,000 peserta dan kekal sebagai pertandingan yang paling mendapat sambutan di negara ini.

Tahun ini, hadiah wang tunai berjumlah RM80,000 menanti para pemenang Juara Online Negeri dan Cabaran Kebangsaan.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button