SukanTempatan

Kerabat Diraja Bawa Glamor Dan Patriotisme Dalam Sukan SEA 2017

Bukan sahaja mereka ini berdarah muda, tetapi merupakan keturunan DiRaja. Atlet yang mewakili negara masing-masing ini bukan sekadar glamor tetapi hadir dengan penuh kemahiran dalam acara ekuestrian, bola sepak dan polo. Semangat patriotisme dalam diri mereka wujud tidak mengira latar belakang.

Itulah antara keistimewaan yang bakal disaksikan dalam Sukan SEA 2017 yang bakal dirasmikan pada 19 Ogos ini. Kenali tujuh atlet dengan keturunan diraja:

Brunei

Negara kecil itu menghantar wakil atlet berdarah biru terbanyak pada Sukan SEA tahun ini dengan satu pemain bola sepak dan empat pemain polo.

  1. Faiq Bolkiah, 19 tahun – Bola Sepak

Anak kepada Putera Brunei Jefri Bolkiah, telah pun mencipta nama walaupun pada usia muda. Dalam dunia bola sepak, dia lebih dikenali sebagai pemain winger yang berbakat dan adalah prospek masa depan untuk Leicester City.

Pemain pertahanan Malaysia, Matthew Davis, mengatakan Faiq Bolkiah adalah ancaman utama Brunei dalam perlawanan pembukaan Sukan SEA di Stadium Shah Alam pada malam semalam.

Walau pun Brunei tidak kalah kepada pasukan tuan rumah Malaysia, pemain bola sepak muda ini harus diperhatikan.

  1. Putera Abdul Mateen Bolkiah, 26 tahun – Polo

Beliau adalah barisan keenam pemegang takhta kesultanan Brunei dan diketahui ramai sebagai penggemar sukan. Beliau mempunyai pengalaman dalam sukan polo dan akan mewakili Brunei dalam acara tersebut.

  1. Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah, 33 tahun – Polo

Bersama adiknya, beliau akan menyertai pasukan polo Brunei. Beliau juga merupakan antara dua pemain polo wanita bagi acara ekuestrian polo KL2017.

Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah (kiri), Pengiran Muda Bahar Bolkiah (dua dari kiri)
  1. Pengiran Muda Bahar Bolkiah, 36 tahun – Polo

Dengan pengalamannya dalam sukan Polo, tentu beliau tidak melepaskan peluang untuk mewakili Brunei dalam Sukan SEA tahun ini.

  1. Pengiran Muda Abdul Qawi, 43 tahun – Polo

Beliau adalah antara empat keturunan diraja yang mewakili Brunei dalam sukan Polo. Pasukan Polo Brunei tentu akan menjadi perhatian ramai dengan ahli-ahli pasukan yang mempunyai pengalaman hebat dalam sukan tersebut.

Thailand

Ini bukan kali pertama keturunan diraja Thailand menyertai Sukan SEA. Pada tahun 1967, arwah raja Thailand Bhumibol Adulyadej dan anak perempuan pertamanya Puteri Ubolratana Rajakanya berjaya mengutip pingat emas dalam acara belayar kelas OK dinghy.

  1. Puteri Sirivannavari Nariratana, 30 tahun – Dressage Ekuestrian

Anak kepada Raja Vajiralongkorn, dan cucu kepada Raja Bhumibol menjadi perhatian ramai apabila beliau memenangi pingat emas (berkumpulan) di Sukan SEA 2005 dalam acara badminton. Tahun ini, beliau berharap untuk atasi prestasi beliau dalam Sukan SEA 2013 dan 2014, dengan memenangi pingat dalam acara dressage ekuestrian.

Malaysia

Sebagai tuan rumah sukan SEA tahun ini, tentunya ada keturunan diraja yang juga ingin membanggakan nama Malaysia. Tahun ini Malaysia diwakili oleh Sultan Terengganu bagi membuktikan kebolehan Malaysia dalam acara Ekuestrian.

  1. Sultan Mizan Zainal Abidin, 55 tahun – Ekuestrian Endurance

Sebelum ini, Tuanku Mizan terpaksa menarik diri kerana kudanya tidak bersedia untuk bersaing namun kembali mewakili negara. Beliau dikatakan telah gigih berlatih setiap hari dan berharap untuk membawa pulang pingat emas dalam acara tersebut.

 

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker