AntarabangsaIsu SemasaPolitik

Britain Sudah Bersedia Untuk Brexit

Britain sudah bersedia untuk melangkah ke fasa seterusnya dalam rundingan Brexit sekali gus mendedahkan butiran-butiran mengenai ‘hubungan’ yang mereka ingin wujudkan bersama Kesatuan Eropah (EU) selepas penceraian tersebut.

Dalam pada itu, Britain turut membidas kritikan yang mendakwa mereka masih belum bersedia untuk melaksanakan Brexit sepenuhnya.

Kerajaan negara itu menyatakan bahawa mereka akan menerbitkan usul yang terperinci mengenai pengaturan kastam, status sempadan Ireland dan Ireland Utara, serta isu-isu lain.

 

HUBUNGAN ‘MENDALAM DAN ISTIMEWA’

Gambar sekadar hiasan – Sumber: www.timeshighereducation.com

Menurut Jabatan Untuk Keluar Daripada Kesatuan Eropah, set pertama dokumen penceraian itu akan dikeluarkan pada minggu ini dan mereka turut berharap untuk ‘memujuk’ 27 negara EU yang lain agar memulakan rundingan mengenai hubungan yang ‘mendalam dan istimewa’, termasuk perdagangan bebas di antara Britain dan EU selepas Brexit.

Namun, pihak EU berkata, rundingan tersebut tidak boleh dimulakan sehingga mereka dapat melihat perkembangan yang cukup dalam 3 perkara utama:

1. Berapa jumlah wang yang perlu diberikan kepada EU oleh United Kingdom untuk meninggalkan blok itu?;

2. Adakah pemeriksaan keselamatan dan cukai kastam akan dikuatkuasakan di sempadan Ireland?;

3. dan Status warga EU yang menetap di Britain.

Memetik laporan The Star, Brexit dianggarkan bernilai puluhan bilion matawang euro, di mana ia bertujuan untuk membayar liabiliti pencen bagi pekerja-pekerja warga EU dan program-program yang akan dibiayai oleh Britain untuk beberapa tahun akan datang.

 

BRITAIN SUDAH BERSEDIA

Penyokong Brexit – Sumber: www.thedailybeast.com

Jabatan kerajaan yang bertanggungjawab untuk Brexit berkata, Britain ingin menunjukkan bahawa mereka sudah bersedia untuk memperluaskan lagi rundingan Brexit menjelang sidang kemuncak EU pada bulan Oktober ini.

Kerajaan Britain yakin bahawa mereka sudah melakukan yang terbaik pada rundingan peringkat awal dan mengatakan sudah terdapat perkembangan dalam isu-isu utama yang diketengahkan.

“Perniagaan dan rakyat di UK dan EU ingin melihat rundingan itu berkembang dan bergerak ke arah perbincangan satu perjanjian yang berkesan untuk kedua-dua belah pihak,” kata jabatan itu.

 

EU SEMAKIN HILANG SABAR

Ketua Perunding EU, Michel Barnier – Sumber: www.politico.eu

Walau bagaimanapun, pegawai-pegawai EU semakin hilang sabar dengan Britain kerana kerana mengambil masa yang terlalu lama untuk membuat persediaan Brexit.

Britain memilih untuk keluar daripada EU dalam satu referendum pada bulan Jun 2016, namun negara itu tidak memulakan sebarang perbincangan rasmi sehingga bulan Mac tahun ini.

Bulan lepas, ketua perunding EU, Michel Barnier menegaskan bahawa rundingan penceraian mempunyai tempoh masa yang telah ditetapkan.

Perdana Menteri Ireland, Leo Varadkar berkata, pihak penganjur Brexit telah diberi masa 14 bulan untuk menyiapkan usul terperinci, namun mereka gagal berbuat demikian.

Dalam pada itu, Barnier dilaporkan akan bertemu dengan Menteri Brexit, David Davis untuk pusingan rundingan seterusnya pada hujung bulan Ogos ini.

Tidak kira apa jua keadaan sekali pun, Britain dijangka akan keluar daripada EU secara rasmi pada bulan Mac 2019.

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker