#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Korea Ingin Menarik Pelancong Muslim


 

Bilik solat dan makanan halal akan disediakan di Lotte World Tower bagi menyenangkan pelancong Muslim yang kebanyakkannya terdiri daripada Asia Tenggara dan Timur Tenggah.

Tahun lepas, Korea menerima pelancong Muslim sehingga 980,000. Iaitu naik 33 peratus dari 2015.

Satu ruang solat untuk pelancong Muslim akan dibuka Rabu ini di cawangan World Tower Avotteel di Lotte Department Store, Jamsil, Seoul tenggara.

Menurut Lotte Department Store, bilik 49.6 meter persegi itu akan menjadi bilik solat Islam pertama di Korea yang ditubuhkan oleh syarikat itu.

Lotte membahagikan ruang bilik solat itu kepada dua, iaitu untuk wanita dan lelaki, dan meletakkan salinan Al-Quran, teks agama Islam, dan sejadah di dalam bilik. Ia akan memasang tempat cucian kaki dan menandakan Qiblat.

Makanan Halal

Sekarang terdapat hanya 13 restoran mempunyai sijil halal di Korea, tetapi terdapat lebih daripada 130 restoran di mana umat Islam boleh menikmati masakan Korea yang paling asli (authentic) atau Masakan Timur Tengah / Melayu.

Penurunan Pelancong Cina

Di Korea sekarang terdapat pengurangan pelancong dari China akibat konflik politik disebabkan oleh sistem pertahanan anti peluru berpandu Amerika Syarikat.

Bagi mengatasi kekurangan pelancong dari China, Lotte telah mencadangkan pelan  kempen pemasaran untuk menarik minat pelancong dari South East Asia dan Timur Tengah.

Dengan kerjasama Persatuan Islam Korea (Korea Muslim Federation) dan Organisasi Pelancongan Korea (Korea Tourism Organization), syarikat itu akan mengedarkan peta bagi menandakan makanan halal yang terdapat di Korea serta 30 bilik solat yang ada di tempat pelancongan utama serta lapangan terbang antarabangsa menjelang hujung bulan ini.

Syarikat yang berpusat di Seoul akan menetapkan kedai makan muslim-friendly di cawangan utamanya di Seoul dan di Jamsil  supaya pelancong Muslim mudah mencari makanan yang boleh dinikmati.

Bermula dari hari Rabu ini, setiap pembeli Muslim boleh menerima facial mask dan baucar bernilai 10,000 won (RM38). Mereka juga boleh menikmati makanan ringan dan teh yang diiktiraf halal di Global Lounges di Jamsil Lotte Department Store dan cawangan utama.

Lotte berkata ia akan meneruskan kempen pemasaran untuk pelancong Muslim sepanjang tahun ini.

Post Tags
Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Kongsikan ToodiaDotMy. Semua tentang belia ada di sini!Kami bukan sensasi tapi berinformasi.