#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Shirt Stay Bantu Lelaki Tampil Kemas Sepanjang Hari


 

Pernahkah anda terfikir bagaimana sesetengah lelaki dapat mengekalkan baju mereka dalam seluar dengan kemas sepanjang hari? Setiap kali memakai kemeja, kebanyakan lelaki akan mengalami masalah baju kelihatan tidak kemas. Perkara yang biasa dilakukan apabila hal ini berlaku adalah dengan memasukkannya kembali.

Tetapi perbuatan ini boleh menjadi masalah dan mengganggu terutamanya semasa acara sosial. Sebagai penyelesaian, orang-orang barat mencipta “Shirt Stay” bagi memberi kemudahan kepada lelaki yang mementingkan gaya.

 

Apa Itu Shirt Stay?

Menurut RealMenRealStyle, Shirt Stay adalah alat yang menggunakan tali anjal untuk memastikan baju anda kemas di dalam seluar dan melekat pada tubuh. Shirt Stay melekat pada stokin atau mana-mana bahagian kaki dan disangkut pada bahagian bawah baju anda.

Tali elastiknya akan menarik kedua-dua hujung dan akan mengekalkan baju anda di dalam seluar dengan kemas.

Shirt Stay adalah cara yang murah dan mudah untuk mengekalkan kedudukan baju kemeja di dalam seluar.

Sekiranya anda memilih untuk menggunakannya, Shirt Stay akan membantu anda kelihatan langsing dan kemas sepanjang hari.

Kebanyakan lelaki memakai baju bersaiz lebih besar dan baju yang besar akan menghasilkan kain berlebihan di sekeliling pinggang apabila dimasukkan ke dalam seluar. Shirt Stay akan membuat baju anda kemas mengikut bentuk tubuh dengan menarik kain berlebihan ke dalam seluar.

Apabila menggunakan Shirt Stay, anda perlu berhati-hati ketika menggunakan tandas kerana tali elastiknya perlu dibuang daripada baju terlebih dahulu sebelum duduk.

 

Cara Menggunakan Shirt Stay

Shirt Stay dipasang pada baju dan stokin anda. Pakai baju dan stokin seperti yang biasa anda lakukan. Pastikan anda memakai stokin panjang sekurang-kurangnya pertengahan betis. Klipkan Shirt Stay di stokin anda dan kemudian ke bahagian bawah baju anda.

Selepas siap dipasang pada kedua-dua stokin barulah anda boleh pakai seluar. Setelah selesai, lihatlah hasil keberkesanan alat ini!

sebelum & selepas memakai shirt stay

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Kongsikan ToodiaDotMy. Semua tentang belia ada di sini!Kami bukan sensasi tapi berinformasi.