#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Resume Bill Gates Pada Tahun 1974


 

Menurut Forbes, Bill Gates yang merupakan pengasas Microsoft masih merupakan orang terkaya di dunia dengan kekayaan mencecah USD$90 bilion.

Namun tahukah anda, ketika beliau berusia 18 tahun, dan merupakan pelajar tahun pertama di Harvard, Gates sudah menjana wang sebanyak $ 15,000. Kini menurut kalkulator inflasi Biro Buruh A.S. nilai itu  hampir  mencecah $ 75,000.  Nilai itu agak mengagumkan untuk seorang pelajar kolej tahun pertama.

 Sekilas resume Bill Gates pada tahun 1974, 

Walaupun tidak jelas dari mana pendapatan itu datang, resume  tersebut mengatakan bahawa beliau dan pengasas bersama Microsoft, Paul Allen (beliau kini bernilai lebih daripada $ 20 bilion) bekerja bersama-sama dan telah mereka sebuah program untuk komputer Intel yang terawal.

Gates dan Allen mula bekerjasama daripada dahulu lagi

CV tersebut juga menunjukkan Gates pernah bekerja sebagai programmer di TRW Systems Group di Vancouver,  sebuah syarikat pemaju sistem ruang tentera dan sivil (yang diperoleh  Northrop Grumman pada tahun 2002).

Resume milik Paul Allen

Mereka berdua,  Gates dan Allen menyusun resume awal mereka dengan cara yang sama. Mula-mula mereka menyenaraikan kursus-kursus berkaitan komputer – di mana Gates menyatakan bahawa dia dapat semua Gred A dalam kursus-kursus tersebut.

Antaranya subjek seperti Struktur Sistem Operasi, Pengurusan Pangkalan Data dan Grafik Komputer. Seterusnya subjek bahasa programming komputer yang dihandali mereka. Akhirnya, bahagian pengalaman kerja.

Uniknya resume Bill Gates dan Paul Allen

Menariknya menurut CNBC, mereka juga memberi maklumat seperti ketinggian, berat badan dan status perkahwinan mereka – sesuatu yang tidak perlu hari ini untuk seseorang yang berniat untuk bekerja dalam bidang programming komputer.

Gates, yang berusia 18 tahun ketika itu mempunyai ketinggian 5 ’10 “dan berat sebanyak 130 paun.  Statusnya pada masa itu adalah “belum berkahwin.” Allen pula berusia 21 tahun mempunyai ukuran ketinggian 5 ’11 “dan berat sebanyak 185 paun. Statusnya pada masa itu juga “belum berkahwin”.

Kerjasama Gates dan Allen

Gates dan Allen kemudian mengasas Micro-Soft bersama-sama pada tahun 1975 di Albuquerque, N.M. Tahun selepas itu mereka menamakan semula syarikat pengkomputeran tersebut Microsoft, pada tahun 1979 mereka memindahkan syarikat tersebut ke Washington. Hari ini, Microsoft mempunyai nilai pasaran melebihi $ 550 bilion.

Kedua-dua resume Gates dan Allen dikongsi di Twitter oleh editor bahagian teknologi Fast Company, Harry McCracken. Dia mengambil gambar tersebut di Living Computers Museum yang terletak di Seattle, katanya.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Kongsikan ToodiaDotMy. Semua tentang belia ada di sini!Kami bukan sensasi tapi berinformasi.