AntarabangsaIsu Semasa

Kedaifan Kanak-Kanak Afrika Tengah Dipapar Menerusi Webkomik

Berada di paras paling bawah Indeks Pembangunan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kanak-kanak Republik Afrika Tengah membesar di dalam kawasan yang telah berdekad-dekad lumpuh akibat penyalahgunaan kuasa,  rasuah, dan rampasan kuasa.

Kawasan bekas tanah jajahan Perancis ini merupakan salah sebuah negara terburuk di dunia untuk membesarkan kanak-kanak.

Salah satu sedutan daripada webkomik tersebut

Cabaran-cabaran dihadapi rakyat Republik Afrika Tengah

Negara ini dilanda kemiskinan, bekalan makanan yang tidak mencukupi dan kekurangan zat makanan, kekurangan guru-guru yang berkelayakan dan tahap celik huruf yang rendah serta akses yang terhad terhadap air, sanitasi dan perkhidmatan kesihatan.

Konflik bersenjata baru-baru ini telah memburukkan lagi keadaan mengakibatkan ketidakamanan yang berterusan dan menghancurkan usaha bantuan kemanusiaan.

Menurut Huffington Post, tiga tahun selepas itu satu perempat sekolah masih ditutup dan hanya terdapat satu pertiga daripada keseluruhan kanak-kanak telah mendaftar persekolahan.

Ramai yang masih hidup di kem-kem yang bertaburan dengan akses yang terhad terhadap perkhidmatan kesihatan atau pendidikan.

Mereka kehilangan zaman kanak-kanak mereka…

Keadaan di negara ini tragis dan tidak banyak liputan media didedahkan tentang krisis ini. Keadaan ini sering dilabelkan oleh aktivis kemanusiaan sebagai “krisis yang telah dilupakan” apabila ia dibayangi oleh peristiwa-peristiwa di negara jiran, Republik Demokratik Congo dan Sudan Selatan.

Novel grafik digital memberi orang luar peluang mengintai ke dalam kehidupan mereka

Novel grafik ini mengikuti artis Afrika Tengah, Didier Kassai yang telah mendokumentasikan cabaran yang dihadapi para remaja di jalanan, bilik darjah, kem pelarian, dan hospital.

Sebagai seorang bapa, Kassai bimbang tentang perkara-perkara yang akan diwarisi anak-anaknya. Dengan menggunakan ilustrasi, fotografi, dan pemandangan terperinci video 360, komik ini menyediakan tingkap maya yang membolehkan penonton antarabangsa mengintai masalah yang dihadapi kanak-kanaknya Afrika Tengah berserta demografi yang mempengaruhi negara itu.

Untuk pengalaman menonton video ini yang terbaik adalah dengan menggunakan komputer, atau pada telefon pintar anda melalui aplikasi YouTube atau Google Cardboard.

“House Without Windows” adalah novel grafik pertama yang menggunakan video 360 untuk membawa pembacanya ke pertengahan ceritanya menerusi gabungan pengalaman maya dan realiti yang mendalam.

Berdiri di tengah-tengah lombong berlian,  berbasikal di sekitar kem pelarian, atau berjumpa dengan kanak-kanak yang tinggal di jalanan Bangui.

Hanya klik pada ikon video berwarna merah di bab-bab untuk melancarkan vignettes pendek, dan gunakan tetikus anda untuk meneroka tempat kejadian.

Anda boleh melihat video 360 berdurasi penuh di sini.

Perjalanan Projek ini  disokong oleh Program ‘Dana Inovasi dalam Laporan Pembangunan‘  Pusat Journalism Eropah. Ia dibiayai oleh Yayasan Bill dan Melinda Gates.

Tags
Show More

Related Articles