#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Urus Niaga ASNB Kini Tanpa Buku


 

Amanah Saham Nasional Berhad melalui portal rasmi mereka mengumumkan mulai 28 Jun, ASNB akan melaksanakan urus niaga tanpa buku. Anda boleh daftar dan semak ASB secara online melalui www.myasnb.com.my

ASB merupakan tabung unit amanah terbesar negara dan kini mempunyai lebih sembilan juta pelabur yang melanggan kira-kira RM143 bilion unit ASB. Bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2016, ASB mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 6.75 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit.

Portal MyASNB dimiliki sepenuhnya oleh Amanah Saham Nasional Berhad. Ia adalah sebuah platform dalam talian yang mudah yang selamat bagi pelanggan ASNB untuk melihat pegangan dan melaksanakan urusniaga dalam talian di mana sahaja pada bila-bila masa.

Tiada caj tambahan untuk menggunakan platform ini. Walau bagaimanapun, yuran produk biasa seperti bayaran perkhidmatan dan GST adalah terpakai, jika ada.

Menurut Negaraku.co, untuk semakan ASB secara online, anda perlu daftar di portal myasnb terlebih dahulu. Sebelum daftar, pastikan segala maklumat peribadi anda tepat.

Untuk kesahihan, anda perlu kemaskini maklumat peribadi melalui kaunter-kaunter ASNB sama ada di cawangan ASNB seluruh negara atau di ejen-ejen ASNB seperi Pos Malaysia, Maybank, CIMB, RHB dan banyak lagi.

 

Langkah-langkah pendaftaran MyASNB:

 

  1. Pastikan nombor telefon anda dengan ASNB telah dikemaskini
  2. Mulakan pendaftaran MyASNB
  3. Mula melabur dan mengurus pelaburan anda

 

Dengan adanya MyASNB ini, ianya memudahkan anda untuk:

  1. Pertanyaan butiran pegangan semasa
  2. Melihat rekod transaksi portal sehingga 90 hari
  3. Pelaburan tambahan
  4. Kemaskini maklumat peribadi

 

Anda boleh mengakses maklumat akaun myASNB anda selama 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Walau bagaimanapun, transaksi kewangan adalah terhad kepada: Dana harga tetap: Ahad-Jumaat (7pagi – 7 petang). Dana harga berubah: Ahad-Jumaat (7 pagi – 4 petang) Nota : Tidak termasuk hari Sabtu and Cuti Umum.

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan, anda boleh hubungi bantuan khidmat pelanggan 03-8026 8101 atau emel ke asnbcare@pnb.com.my.

 

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Kongsikan ToodiaDotMy. Semua tentang belia ada di sini!Kami bukan sensasi tapi berinformasi.