AntarabangsaIsu Semasa

Sindrom ‘Patah Hati’ Boleh Jejas Fungsi Jantung?

Menurut satu kajian yang dilakukan oleh para penyelidik dari Aberdeen University baru-baru ini, sindrom ‘patah hati’ boleh menyebabkan sakit jantung dalam jangka masa panjang serta lebih parah berbanding apa yang diperkatakan sebelum ini.

Menurut BBC.com, sindrom itu boleh terjadi disebabkan tekanan emosi yang teruk seperti kematian orang tersayang dan akan menyebabkan penyakit jantung sementara.

Para penyelidik menggunakan pengimbas ultrabunyi dan MRI terhadap 52 pesakit yang menderita patah hati bagi melihat fungsi jantung mereka.

Hasil kajian itu menunjukkan bahawa sindrom berkenaan memberi kesan parut kekal kepada pergerakan otot jantung.

Para penyelidik mendapati bahawa bahagian-bahagian otot jantung digantikan dengan parut halus, yang mengurangkan keanjalan jantung dan menghalangnya daripada mengecut dan mengembang dengan betul.

Sehingga kini, sindrom patah hati boleh sembuh sepenuhnya tetapi beberapa kajian mendapati keadaan itu hanya akan mengakibatkan kerosakan pada jantung.

Selain itu, sindrom tersebut dilaporkan menjejaskan lebih 3,000 orang setiap tahun di United Kingdom.

Bagaimanapun, kadangkala sindrom berkenaan menyerang mereka yang tidak pernah mengalami tekanan emosi atau kehilangan orang tersayang sebelum ini.

Sementara itu, dianggarkan kira-kira tiga hingga 17 peratus orang yang menderita sindrom terbabit meninggal dunia dalam tempoh lima tahun selepas menjalani diagnosis.

Tags
Show More

Related Articles