#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Laman Sesawang Beri Maklumat Telefon Bimbit Berfungsi Di Luar Negara


 

Lain negara, lain teknologi telefon bimbitnya. Terdapat pelbagai rangkaian telefon berbeza-beza di seluruh dunia, sebuah telefon yang berfungsi di sebuah negara mungkin tidak boleh berfungsi di sebuah negara lain. Kadang-kadang rangkaian di negara asing tidak menyokong frekuensi tertentu, atau lebih buruk mereka menggunakan sistem transmisi yang sangat berbeza. Kini anda bertuah. Laman sesawang www.willmyphonework.net boleh membantu anda mengetahui jika peranti mudah alih anda akan berfungsi di destinasi pengembaraan anda. Hanya masukkan nama syarikat pengeluar, jenama dan model peranti anda, serta penyedia perkhidmatan rangkaian mudah alih di negara destinasi.

Sebelum pergi bercuti anda boleh menyemak dulu sama ada telefon tersebut boleh digunakan di negara destinasi.

Antara maklumat yang dipamerkan menurut dpa adalah pelbagai model telefon, termasuk submodel. Sebaik sahaja anda telah mengisi butiran yang diperlukan, laman ini akan memberikan anda rumusan tentang rangkaian yang boleh beroperasi di negara itu.

Laman web ini juga boleh digunakan untuk tujuan yang berbeza. Sekiranya anda menjumpai model telefon yang tidak biasa dijumpai di negara yang berbeza atau ingin membeli telefon murah di internet, anda boleh menyemaknya terlebih dahulu di laman web tersebut, sama ada harga yang diberikan mereka berbaloi dan adakah ia berfungsi di kawasan tempatan.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Kongsikan ToodiaDotMy. Semua tentang belia ada di sini!Kami bukan sensasi tapi berinformasi.