#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Dugong ‘Fotogenik’ Ditemui Di Sim-Sim


 

Seekor dugong telah dikesan di perairan sekitar Kampung Sim-Sim di Sandakan beberapa hari  lalu.

Pegawai Jabatan Hidupan Liar Sandakan, Hussein Muin dalam satu kenyataan berkata, Unit Penyelamat Hidupan Liar telah melawat kawasan itu untuk memeriksa dugong tersebut.

Dugong tersebut di Sim-sim

Selepas berbincang dengan Fakulti Marin milik Universiti Malaysia Sabah (UMS), keputusan telah dibuat untuk membenarkan UMS menghantar beberapa orang penyelidik untuk mengumpulkan lebih banyak data mengenai spesies yang dilindungi itu sebelum mengambil tindakan selanjutnya

Menurut The Borneo Post,  golongan penduduk tempatan, terutamanya penduduk kampung Sim Sim, telah digesa untuk berkerjasama dalam usaha pemuliharaan dugong.

Perkampungan atas air,  Kampung Sim-Sim

Mamalia marin tersebut masih boleh dilihat ‘melepak’ di sekitar kawasan yang sama ia kelihatan buat pertama kali

Rata-rata dugong mempunyai jangka hayat yang panjang iaitu lebih kurang 70 tahun atau lebih, ia mempunyai kadar pembiakan yang perlahan. Mereka adalah haiwan herbivor dan diet utamanya adalah rumput laut. Ia giat diburu sehingga diancam kepupusan untuk daging dan minyak mereka.

Mereka dilindungi di Sabah di bawah Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Kongsikan ToodiaDotMy. Semua tentang belia ada di sini!Kami bukan sensasi tapi berinformasi.