Tempatan

Cara Senang Tingkatkan Kualiti Bahasa Inggeris

Apabila kita menggunakan Bahasa Inggeris dengan kawan-kawan, jarang kita pelbagaikan perkataan yang digunakan.

Antara cara untuk meningkatkan penggunaan Bahasa Inggeris adalah untuk menggunakan sinonim. Bahasa Inggeris mempunyai banyak sinonim, jadinya senang untuk kita mempelbagaikan ayat dan meningkatkan kualiti Bahasa Inggeris.

Sebagai contoh, ‘big’ adalah perkataan yang kerap digunakan tetapi ada juga perkataan yang membawa maksud yang sama, seperti ‘enormous’ yang bermaksud ‘extra big’, atau ‘gigantic’ yang bermaksud ‘really, really big’. Dengan menggunakan perkataan-perkataan seperti ini, ia akan mencantikkan lagi ayat.

Apabila kita mempunyai pemahaman yang baik tentang cara untuk menyampaikan idea yang sama atau ‘subtleties‘ lebih mudah untuk kita meningkatkan Bahasa Inggeris. Untuk meluaskan penggunaan perkataan, senaraikan 3 perkataan sinonim dan fahami bagaimana perkataan tersebut berbeza. Kemudian gunakannya sekurang-kurangnya sekali sehari.

Untuk memperbaiki kefasihan Bahasa Inggeris, gunakan peribahasa. Contohnya, dalam Bahasa Inggeris, orang mungkin akan berkata, “he’s so tight, he squaks when he walks’ ia membawa maksud seseorang itu adalah kedekut.

Ayat-ayat seperti itu lebih baik dirujuk kamus peribahasa kerana mungkin yang banyak boleh dicari di dalam Internet tetapi banyak yang menggunakan slang yang tidak sesuai digunakan dalam situasi formal.

Apabila kita mahu menghuraikan ciri-ciri seseorang, kita boleh menggunakan simpulan bahasa. Senaraikan tiga simpulan bahasa yang mempunyai persamaan. Contohnya, seseorang itu boleh digambarkan sebagai ‘a go-getter’ maksudnya seorang yang bermotivasi mencapai sesuatu. Kita juga boleh menerangkan sifat seseorang sebagai ‘a gift of the gab’ yang membawa maksud seorang yang persuasif.

The Star mencadangkan supaya menggunakan ungkapan-ungkapan ini sehingga ia menjadi perkara biasa dalam perbualan harian.

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button