AntarabangsaIsu Semasa

Teknologi AI Boleh Tangani Penghambaan Moden?

Pada zaman ini, terdapat lebih daripada 20 juta orang manusia yang menjadi mangsa penghambaan moden seperti buruh paksa.

Menurut seorang pemaju teknologi, Padmini Ranganathan, telefon bimbit, laporan media dan kamera pengawasan boleh diletakkan ke dalam mesin untuk mencipta kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI) yang boleh membantu syarikat-syarikat melihat dengan lebih jelas apa yang sedang berlaku.

“Waktu untuk melakukan ini sekarang lebih baik berbanding sebelumnya, dengan banyak negara dan syaikat yang memberi tumpuan terhadap penghambaan moden,” katanya Ranganathan.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pengawasan terhadap isu penghambaan moden semakin meningkat, dengan mengenakan peraturan ketat terhadap syarikat-syarikat untuk memastikan supaya tiada buruh paksa, pekerja kanak-kanak, dan bentuk penghambaan lain dalam rantai bekalan mereka.

Berdasarkan statistik Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), hampir 21 juta orang menjadi mangsa buruh paksa, di mana pekerja asing dan orang asli menjadi golongan yang paling berisiko.

Namun Ranganathan berkata, terdapat cara digital baru untuk menghapuskan eksploitasi, memandangkan manusia telah gagal menamatkan penghambaan moden.

“Teknologi ini boleh menapis lebih daripada sejuta artikel sehari menggunakan kata kunci utama buruh paksa dan menunjukkan kawasan-kawasan risiko potensi dalam rantai bekalan,” kata beliau.

Ujarnya lagi, AI dan pembelajaran mesin boleh menggunakan jumlah data yang besar ini untuk mengekstrak maklumat yang bermakna.

Memetik laporan Reuters, ILO menyatakan bahawa buruh paksa dalam ekonomi swasta menjana AS$ 150 bilion (RM 643 bilion) pendapatan haram pada setiap tahun.

Ranganathan berharap agar program barunya dapat membetulkan pasaran dan bantu mewujudkan “rantai bekalan yang berhati nurani.”

Sebagai contoh, programnya boleh bantu mengesan sekiranya buruh kanak-kanak digunakan untuk menanam kapas, yang kemudian digunakan untuk menghasilkan t-shirt berjenama.

Ia juga boleh memantau keadaan buruh di ladang-ladang koko, dengan memberi “pendedahan masa nyata” kepada syarikat-syarikat supaya mereka boleh ‘membersihkan’ rantai bekalan mereka yang mempunyai unsur penghambaan dengan segera.

“Pertumpuan teknologi akan menjadikan segala perkara lebih telus dan pendedahan masa nyata boleh diwujudkan,” tambah beliau lagi.

 

Tags
Show More

Related Articles