#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Apabila di Perancis, Lupakan Disneyland Dan Pergi Ke Sini


 

Taman yang terletak di kawasan hutan dan tasik seluas 50 hektar itu, terletak di Vendee, satu jam ke selatan dari Lapangan terbang Nantes mempunyai bilangan pelawat yang kedua teramai selepas Disneyland Paris.

Ia berdiri di atas wilayah diraja yang utuh seperti semasa Revolusi Perancis: Ia merupakan tumpuan utama bagi penonton dalam teater di dalam bangunan luas (2, 400 tempat duduk) yang boleh berputar di mana seorang pegawai kacak, Charette, menegaskan dia sendiri yang  memberikan perintah untuk hukuman bunuhnya . Quel Panache!

Taman tema Puy du Fou apabila ia penuh dengan penonton

Kebanyakan pertunjukan adalah untuk lebih kurang 30 minit. Kanak-kanak lelaki akan suka aksi-aksi dalam ‘Les Vikings‘. Sebuah bot panjang muncul dari bawah air di dalam sungai lalu mengelilingi sebuah kampung yang sedang terbakar. Mereka lakukan ini lima kali sehari.

Sarkas Gallo-Roman adalah tarikan yang terletak di Puy du Fou di barat laut Perancis, taman tema Perancis yang luar biasa tanpa permainan, tiada burger dan tidak ada barisan.

Sebaliknya, ia didedikasikan untuk pertunjukkan yang memaparkan aspek-aspek sejarah Perancis. Jika anda ingin melihat kuda berlari melalui air dan penari flamenco menari di atas pentas yang luas di dalam bangunan, pertunjukan ini adalah untuk anda.

Ada sesetengah pertunjukan yang berdasarkan kejadian sejarah, walaupun tidak sepenuhnya, yang lain sekadar untuk saja-saja, seperti gadis yang kesepian di istana yang hancur yang berkawan dengan burung-burung.

Terdapat juga pertunjukan burung seperti Falcon, kites, burung hantu-helang dan burung hering, semuanya terbang pantas hanya pada ketinggian enam inci di atas kepala anda.

Ia juga disertai dengan pertunjukan burung-burung yang berterbangan hanya 6 inci tinggi dari kepala penonton

Pertunjukan di sebalah malam pula dipanggil Cinescenie – pertunjukan luar bangunan yang terbesar di dunia dengan beribu-ribu pelakon termasuk kuda-kuda.

Terdapat juga penglibatan haiwan-haiwan seperti angsa, serigala dan burung unta. Lupakan Mickey Mouse, Puy du Fou adalah pertunjukan yang epik dan benar-benar hebat

Menurut Daily Mail Online, keluarga yang mencipta taman itu pada tahun 1977 telah memulihkan kediaman lama yang rosak dan kini ia penuh dengan baju  perisai yang boleh bergerak secara automatik. Anda juga boleh berehat  di hotel yang bertemakan istana abad pertengahan di siini.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Kongsikan ToodiaDotMy. Semua tentang belia ada di sini!Kami bukan sensasi tapi berinformasi.