AntarabangsaIsu Semasa

Permintaan Tinggi Pembantu Rumah Filipina

China sedang mempertimbangkan satu rancangan untuk membolehkan pembantu rumah dari Filipina diambil bekerja di 5 bandar di Tanah Besar, termasuk Beijing, Shanghai, dan Xiamen.

Setiausaha Buruh Filipina, Dominador Say berkata, beliau telah bertemu dengan wakil dari Kedutaan China di Manila pada bulan lepas dan mengadakan perbincangan dalam usaha mewujudkan kontrak standard pengambilan pekerja untuk pembantu rumah Filipina yang ingin bekerja di China.

Menurut laporan The Star, Say menyatakan bahawa perbincangan tesebut akan bersambung pada bulan depan.

“Ia terhad kepada 5 bandar utama, antaranya adalah Beijing, Shanghai dan Xiamen. Mereka melihat kemungkinan pendapatan bulanan sebanyak 100,000 peso (RM 8,500) untuk HSW supaya mereka boleh diambil bekerja,” ujanya.

Berdasarkan data kerajaan, kira-kia 5,000 orang rakyat Filipina telah bekerja di Tanah Besar China secara haram kerana dasar visa bekerja ketat yang menghalang mereka untuk diambil bekerja secara sah.

Sejak bulan Julai 2015, Shanghai telah membenarkan penduduk asing untuk mengambil pembantu rumah dari lua negara, namun rakyat China masih tidak dibenarkan untuk berbuat demikian.

“Ini adalah satu rancangan yang bagus…..ia akan mengesahkan (status pendatang tanpa izin) sama ada menerusi perjanjian bilateral atau kontrak pekerjaan yang boleh dipersetujui oleh kedua-dua pihak majikan,” kata Emmanuel Geslani, konsultan syarikat pengambilan pekerja di Filipina dan pakar migrasi pekerja.

Geslani berkata, beliau menjangkakan kira-kira 20,000 pembantu rumah warga Filipina akan berpindah ke China pada setiap bulan setelah perjanjian itu dipersetujui.

Pembantu rumah boleh menjangka gaji minimum sebanyak AS$ 400 (RM 1,710) atau AS$ 800 (RM 3,430) maksimum.

Mereka juga dikatakan akan lebih cenderung untuk bekerja dengan ekspatriat atau keluarga-keluarga rakyat China yang kaya, kebanyakannya di Shanghai dan Xiamen.

Menurut Say, permintaan terhadap pembantu rumah Filipina adalah tinggi di China kerana mereka fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris dan boleh menyesuaikan diri dengan baik dalam budaya China.

 

 

 

 

Tags
Show More

Related Articles