AntarabangsaIsu SemasaPolitik

Ramai Ekspatriat Britain Berhijrah Ke Perancis

Kajian terbaru mendapati bahawa ramai ekspatriat dari Britain gemar pergi ke Perancis dan menetap di sana selepas bersara.

Sementara itu, rakyat Perancis pula pergi ke Britain untuk bekerja atau melanjutkan pelajaran.

Memetik laporan Sky News, migrasi di antara kedua-dua negara itu berada pada tahap yang kuat dan hampir sama rata.

Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS) menerbitkan laporan terperinci terbaru mengenai dinamik migrasi di antara Britain dan Perancis susulan referendum Brexit pada tahun lepas.

Statistik menunjukkan bahawa kira-kira 148,000 rakyat Britain menetap di Perancis pada tahun 2016, berbanding hampir 155,000 rakyat Perancis yang bermastautin di United Kingdom daripada tahun 2013-2015.

Berdasarkan banci pada tahun 2014, Hampir setengah atau 45% daripada rakyat Britain di Perancis berusia 55 tahun atau lebih,

Pada bulan November 2016, lebih daripada 66,000 individu yang menerima Pencen Kebangsaan UK merupakan penduduk tetap di Perancis.

Kira-kira 26% daripada jumlah itu menetap di wilayah Nouvell-Aquitaine, sekali gus menjadikan ia lokasi kegemaran ekspatriat British.

Walau bagaimanapun, senario berbeza bagi komuniti Perancis di Britain.

Daripada 154,800 rakyat Perancis yang menetap di UK pada tahun 2013 hingga 2015, hampir 4 daripada 5 individu (79%) mereka yang sudah cukup umur untuk bekerja.

Kebanyakan daripada mereka bekerja dalam sektor kewangan dan perbankan, dan 2 daripada 3 individu memegang jawatan tinggi, termasuk pengurus, pengarah dan pegawai kanan.

“Daripada dua negara itu, Perancis adalah destinasi ‘persaraan’ yang lebih popular,” kata ONS.

 

Tags
Show More

Related Articles