#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Pelajar Mahu Lebih Kesedaran Tentang Penderaan Seksual


 

Usaha untuk membanteras penderaan seksual kanak-kanak disaksikan dalam program ‘Saya Sayang Saya’ yang bertujuan untuk menyeru lebih banyak kesedaran tentang penderaan seksual dan pendidikan reproduktif.

Kira-kira 200 pelajar sekolah menengah dari 44 sekolah berkumpul dan mengambil bahagian dalam perbincangan tentang ‘persediaan seksual’ (sexual grooming), keselamatan siber, dan kesihatan reproduktif.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata kerajaan memandang serius masalah ini kerana ia berkait rapat dengan pedofilia.

“Pedofilia adalah penderaan seksual (terhadap kanak-kanak).”

Rohani mengatakan pada tahun 2016 sahaja, mengikut statistik polis, terdapat 824 kes kehilangan kanak-kanak bawah umur 18 tahun.

Seperti yang dilaporkan dalam The Star, ‘Saya Sayang Saya’ adalah susulan daripada #ReplyForAll-MY Unicef yang telah diadakan di dewan bandar di Kuala Lumpur tahun lepas untuk menggubal undang-undang ‘persediaan seksual’ yang dipimpin oleh R.AGE’s MPs Against Predators.

Statistik Penderaan Seksual

Dalam satu laporan khas yang dikeluarkan oleh Reuters tahun lepas, 12,987 kes penderaan seksual dilaporkan kepada polis antara Januari 2012 hingga July 2016. Kes yang dibawa ke mahkamah adalah 2,189 manakala kes yang dijatuhkan hukuman adalah 140.

Kesedaran dikemukakan apabila Richard Huckle dijatuhkan 22 hukuman penjara seumur hidup kerana mendera 200 bayi dan kanak-kanak, kebanyakannya di Malaysia, dan mengongsinya pada Dark Web iaitu bahagian Internet yang sukar untuk dicapai oleh komputer lain.

Menurut pegawai dan kumpulan kebajikan kanak-kanak, kepolisan dan undang-undang perlindungan kanak-kanak yang lemah membuatkan ia sukar untuk mendakwa pendera kanak-kanak. Ini menyebabkan penyiasatan yang kurang dan sabitan yang rendah.

Mereka juga mengatakan kebanyakan penderaan seksual kanak-kanak tidak dilaporkan kerana  sifat malu yang mengelilingi penderaan seksual kanak-kanak dan ketidakpercayaan kepada pihak berkuasa.

Baru-baru ini dewan bandar di Terengganu, Pahang, Kelantan, Sabah dan Sarawak telah menjalankan program yang sama dan menjangkau lebih daripada 1,400 pelajar dan guru.

“Selepas enam sesi dilakukan, memang ternampak anak-anak muda dia negara ini mengalami kesukaran yang sama” kata Indra Kumari Nadchatram, Pakar Komunikasi Unicef Malaysia.

Saya Sayang Saya akan meneruskan dengan dua lagi sesi di Kedah dan Pulau Pinang.

 

Post Tags
Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Kongsikan ToodiaDotMy. Semua tentang belia ada di sini!Kami bukan sensasi tapi berinformasi.