#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Kenaikan Harga Mentega di Eropah Menimbulkan Krisis


 

Orang Eropah lebih banyak makan mentega apabila harga barang meningkat, stok simpanan makin berkurangan dan syarikat gergasi tenusu memberi amaran tentang masa depan mentega yang kurang pasti.

Chef Séverine Nobis, salah seorang chef pastri di Paris, memberitahu CNBC bahawa ketakutan tentang kekurangan mentega Eropah tidak boleh dipandang sambil lewa.

“Ketakutan sebenar adalah perubahan dalam tabiat pemakanan secara global. Jika terdapat  permintaan mendadak terhadap mentega, mungkin akan berlakunya kekurangan bekalan mentega seterusnya  harga viennoiseries (pastri manis yang dibakar) juga akan meningkat dengan mendadak,” katanya melalui email.

Nobis menjelaskan bahawa Pâtisserie à la Carte belum lagi menaikkan harga mentega kepada pengguna mereka. Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa kedai itu akan terpaksa mempertimbangkan untuk berbuat demikian dengan cara “munasabah” jika pada musim gugur pasaran tidak stabil lagi.

“Hari ini pengeluar susu sedang berhadapan dengan  kerugian. Kita perlu memikirkan cara perlaksaan sistem yang lebih baik supaya mereka dapat hidup, mengelakkan penutupan ladang tenusu dan mengelakkan kekurangan mentega pada  masa hadapan.”

Antara pastri yang mungkin berhadapan dengan kenaikan harga kerana ia menggunakan mentega sebagai ramuan

Pada awal bulan Julai, bos Arla, Peder Tuborgh menyebabkan gelombang panik dalam kalangan pengguna apabila beliau mencadangkan bahawa bekalan susu yang tidak mencukupi dibekalkan petani boleh menyebabkan kekurangan mentega.

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat tenusu yang keempat terbesar di dunia itu memberitahu BBC bahawa pembeli di seluruh Eropah akan mula merasakan kesannya dalam beberapa bulan akan datang.

Muka hadapan majalah Time yang membongkar fakta sebenar tentang faedah mentega

Walaupun amaran Tuborgh ditolak bulat-bulat sebagai “penipuan” oleh Kesatuan Peladang Kebangsaan, permintaan terhadap mentega akan meningkat apabila terdapat penurunan  dalam penghasilan susu serta peningkatan harga yang tinggi.

Kekurangan susu yang sangat teruk dilaporkan berlaku di Perancis di mana para petani risau terhadap lebihan susu tepung yang berlebihan sebanyak  350.000 tan, keadaan ini akan menyebabkan lebih banyak penurunan harga.

Pada bulan Jun, harga mentega melonjak 14 peratus (paras yang tertinggi pernah dicapai) menurut angka rasmi yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB.

Di  dalam Kesatuan Eropah, terdapat kejatuhan dalam simpanan mentega ke hanya 1,396 tan pada akhir Mei lalu.  Ini menandakan kejatuhan sebanyak 99 peratus daripada 92,548 tan yang disebut pada Mei 2016.

 

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Kongsikan ToodiaDotMy. Semua tentang belia ada di sini!Kami bukan sensasi tapi berinformasi.