AntarabangsaPercutian

Kafe Haiwan Peliharaan Menjadi Trend Di Myanmar

Keunikan terbaru yang melanda bandar Yangon, Myanmar bukannya kepada taman permainan bertema tetapi kafe yang bertemakan haiwan peliharaan.

Pet cafe’ yang kini mula mendapat daya tarikan ramai adalah tambahan terbaru kepada kafe-kafe yang muncul di bandar yang pesat membangun itu.

Di pusat komersial Yangon terdapat dua ‘Pet Cafe’ yang menawarkan pengalaman menarik buat pelanggan yang hadir di mana mereka boleh bermain dengan kucing-kucing yang berkeliaran di dalam kafe.

Di kafe yang bernama Catpuchino Cafe itu, pelanggan yang terdiri daripada kelas pertengahan dan populasi ekspatriat boleh menjamu selera sambil mengusap haiwan kesayangan.

Menurut AFP, walaupun banyak kucing dan anjing liar yang berkeliaran di jalanan, hanya segelintir penduduk Yangon mampu mengeluarkan duit, masa dan tempat  untuk memelihara haiwan.

Pearl, pengasas salah satu kafe kucing di Yangon, membuka kafe seperti ini kerana ingin memberi tempat di mana pelanggan boleh menghilangkan stress dari kehidupan bandar yang sibuk.

Keseluruhannya, dia mempunyai 27 haiwan kucing yang berbeza baka, termasuk kucing munchkin, mainecoon dan American shorthair.

“Semasa saya di sekolah dulu, saya suka bermain dengan kucing selama 15 atau 30 minit untuk melepaskan tekanan dari sekolah atau kerja,” katanya.

Di seberang bandar, satu lagi kedai kafe mengambil pendekatan yang berbeza, di mana anjing jenis corgi, husky dan Alaskan malamute akan memberi ‘kasih sayang percuma’ kepada pelanggan yang juga pencinta haiwan.

Tags
Show More

Related Articles