#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Media Perlu Terus Lapor Berita Sahih


 

Media tradisional memainkan peranan penting dalam melaporkan berita sahih kerana berita palsu serta maklumat-maklumat yang tidak tepat semakin berleluasa di media sosial.

Khoo Kar Khoon, Penasihat khas kepada Persatuan Pengiklan Malaysia (MAA) berkata, media mempunyai peluang untuk memainkan peranan dalam menghapuskan kekeliruan yang berpunca daripada berita palsu sekali gus terus mendapat kepercayaan orang ramai.

“Organisasi media yang diiktiraf mempunyai kedua-dua akses kepada sumber untuk mengesahkan berita dan keperluan untuk mengekalkan standard ketepatan untuk menjaga reputasi dan mengekalkan lesen penerbitan mereka,” kata Khoon.

Beliau berkata, pengguna media sosial cenderung untuk berkongsi sesuatu berita itu tanpa sebarang pengesahan, dan ini menjadi lebih sukar untuk dibetulkan apabila maklumat tersebut sudah menjadi viral dan dianggap sebagai ‘kebenaran’ oleh orang ramai.

Berdasarkan laporan The Star, pelbagai berita palsu telah menular di media sosial sejak beberapa bulan lalu.
Antaranya adalah:
1. Gambar pasangan yang didakwa melakukan seks di lebuh raya Pulau Pinang, namun ia sebenarnya berlaku di luar negara;
 
2. Notis palsu mengenai wabak virus rabies di beberapa bahagian di Kuching, Sarawak;
 
3. Dakwaan palsu yang mengatakan beras jenama Rambutan dibuat daripada plastik;
 
4. Video viral yang kononnya mendakwa bahawa hari mengundi untuk PRU14 akan berlangsung pada 13 Oktober tahun ini.

Di Publish Asia 2017 pada bulan April lalu, pakar-pakar media menyatakan bahawa “penyebaran toksik berita palsu” membuatkan orang ramai lebih kurang percaya tentang apa yang mereka baca di media sosial.

Menurut presiden World Editors Forum, Marcelo Rech, pembaca telah mula mencari maklumat sahih oleh syarikat media profesional yang menggunakan teknik-teknik profesional berpandukan standard etika.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerap menasihati orang awam supaya berwaspada apabila berkongsi berita yang tidak masih belum disahkan.

SKMM juga mengambil langkah proaktif dalam memerangi berita palsu dengan menutup lebih daripada 1,500 akaun media sosial palsu sejak bulan Januari.

Pada bulan Mac, suruhanjaya itu turut melancarkan laman web semakan fakta bernama sebenarnya.my bagi membolehkan orang ramai menyemak kesahihan sesuatu maklumat itu.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Kongsikan ToodiaDotMy. Semua tentang belia ada di sini!Kami bukan sensasi tapi berinformasi.