Tempatan

GoodKids Tangani Buli

Membuli sering dikaitkan dengan pelajar yang bermasalah. Ini mendorong sebuah perusahaan sosial yang dikenali sebagai GoodKids untuk mencuba menangani masalah buli dengan mengubah minda pelajar dan melibatkan mereka dengan seni persembahan.

Ia juga menolong sebuah NGO bernama MySkills Foundation yang menawarkan latihan kemahiran untuk pelajar yang lemah dan tidak menghabiskan sekolah di kawasan Port Klang, Selangor dengan menggunakan dana yang diberikan oleh kerajaan.

GoodKids memberi fokus kepada remaja India dan orang asli dalam menguruskan aktivitinya menggunakan geran dari kerajaan dan korporat.

Pengasas bersama GoodKids, Koggelavani Muniandy, berkata pelan pemulihan golongan muda yang terdedah bermula selepas beberapa kes buli dilaporkan.

“Orang ramai sering menyeru hukuman berat dijatuhkan kepada pembuli. Namun, perbincangan tentang cara mencegah kanak-kanak daripada menjadi pembuli adalah kurang.

“Semua kanak-kanak, tidak kira latar belakang, memerlukan pengukuhan positif. Berdasarkan apa yang kita perhatikan dari kanak-kanak yang bermasalah ini ialah mereka perkara positif ini sentiasa kurang di kalangan mereka.

Sebahagian daripada mereka juga adalah mangsa dera atau diabaikan oleh keluarga mereka atau berasal dari keluarga yang bermasalah.

“Pengukuhan yang lebih positif diperlukan jika kanak-kanak menunjukkan tanda-tanda buli atau ketika mereka menjadi sasaran buli.

“Mereka yang dibuli mungkin tidak tahu siapa yang perlu diberitahu atau apa yang perlu dilakukan apabila mereka menjadi sasaran,” kata Koggelavani, 35 yang mengajar pelajar-pelajar ini seni pertunjukan seperti menghentak kaki, bermain alat muzik menggunakan barang kitar semula, dan berlakon.

“Pelajar-pelajar ini tidak cenderung ke arah akademik, tetapi mereka dapat mengikuti pergerakan tarian yang mudah. Mereka suka bermain dram dan terdapat ramai yang berbakat.

“Mereka banyak belajar melalui kelas-kelas berlakon yang kami lakukan, mereka juga berlakon sebagai watak baik dan buruk.

“Ini memberikan mereka peluang untuk merefleksi tingkah laku mereka sendiri,” katanya.

Menurut The Star, GoodKids sedang melatih sekitar 180 pelajar dari pelbagai sekolah, termasuk 20 pelajar dari MySkills Foundation.

Sebab Mereka Membuli

Pakar psikologi kaunseling dan pemulihan GoodKids, Bala Subramaniam Somasundaram berkata kira-kira 35% golongan belia menunjukkan tanda-tanda masalah pembelajaran.

“Melalui pengalaman saya, beberapa belia adalah hiperaktif atau mengalami attention deficit hyperactivity disorder (ADHD) yang tidak diberi perhatian.

“Mereka mungkin juga mengalami penderaan fizikal dan lisan sejak usia muda,” katanya, sambil menambah bahawa guru perlu mengenal pasti ciri-ciri tersebut dan memaklumkan ibu bapa atau penjaga untuk penilaian selanjutnya.

Bala berkata golongan belia ini sering menyedari kes buli berprofil tinggi.

“Kami bertanya kepada mereka bagaimana mereka akan bertindak balas jika mereka menjadi mangsa buli, dan kami membuat mereka bertindak sebagai pembuli dan bertanya kepada mereka adakah ia satu langkah yang memberi contoh yang baik.

“Di GoodKids, kami melatih para belia ini dan memberi mereka platform untuk bersinar. Majoritinya mampu bersinar kerana kita menyesuaikan diri dengan tahap pemikiran dan mendengar masalah mereka.

Hasil Program GoodKids

“Kami memberi ganjaran kepada pelajar yang lebih baik dengan T-shirt GoodKids setiap minggu.

“Ini mendorong orang lain untuk mengikuti dan pada akhir latihan kami, mereka semua menunjukkan tanda-tanda tingkah laku positif.

“Kami sering memuji pelajar mengenai kemajuan mereka dan ia membantu dengan harga diri mereka,” katanya.

Seorang lelaki berusia 13 tahun yang menyertai program itu berkongsi bahawa dia sering menjadi mangsa buli, sebahagiannya disebabkan oleh kelakuannya sendiri.

“Saya pernah mengganggu orang lain dengan mengatakan perkara-perkara yang tidak perlu. Ini menimbulkan ketegangan yang tidak perlu dan saya dipukul.

“Selepas menyertai program GoodKids, saya diajar untuk tidak bercakap benda yang tidak senonoh dan menjauhi diri apabila orang lain melontarkan kata-kata yang tidak baik kepada saya. Ini boleh menyelesaikan ketegangan,” katanya yang berhenti sekolah kebangsaan kerana kurang minat dengan belajar. Dia menyertai MySkills dan sedang belajar untuk sijil dalam pembelajaran elektrik.

Seorang pelajar lain mengatakan bahawa dia sering panas baran tetapi menyedari bahawa itu bukan sifat yang mengagumkan selepas menyertai GoodKids.

“Kini saya dapat mengawal emosi saya dan menjauhi diri dari masalah,” kata pelajar 16 tahun itu yang bercita-cita menjadi penyanyi.

 

Show More

Related Articles

Back to top button