FesyenGaya Hidup

Apa Beza 5 Jenis Pewangi Lelaki Ini?

Pewangi adalah sentuhan terakhir yang melengkapkan gaya lelaki. Kajian mendapati bahawa wanita lebih menggemari lelaki yang menggunakan pewangi.

Jika anda perasan, pewangi lelaki mempunyai pelbagai jenis seperti Eau de Cologne dan Eau de Parfum. Anda mungkin berfikir bahawa perbezaan antara ‘cologne’ dan ‘perfume’ adalah berdasarkan jantina. Sebenarnya perbezaannya terletak pada kepekatan minyak dan asas alkohol. Kepekatan ini menentukan berapa lama bau ini kekal dan bila ia sesuai digunakan.

Mengikut overstock, terdapat lima jenis pewangi lelaki yang biasa dihasilkan. Jom kita ketahui bagaimana jenis-jenis pewangi ini berbeza!

 

1.Eau Fraiche

Eau fraiche mengandungi kepekatan terendah minyak pewangi, biasanya dalam lingkungan kira-kira 1 hingga 3 peratus sahaja. Sebaik sahaja digunakan, bau pewangi jenis ini akan bertahan selama satu jam sahaja. Kerana kesan pewangi Eau Fraiche cepat hilang, kimia badan anda tidak mempunyai banyak masa untuk bertindak balas dan mengubah aromanya menjadi lebih memikat.

2. Eau de Cologne

Eau de Cologne, atau Cologne, mengandungi kepekatan minyak sebanyak 2 hingga 4 peratus. Pewangi ini lazimnya digunakan untuk aroma maskulin ringan dan segar seperti bau buah-buahan. Pada jam pertama, bau asas mula terhasil. Semasa jam kedua, bau pewangi ini mula bertindak balas dengan bau badan untuk menghasilkan aroma sebenar. Oleh kerana Eau de Cologne mempunyai kepekatan yang lebih rendah, aroma tidak bertahan lama, jadi anda mungkin perlu menyembur semula pewangi selepas beberapa jam.

3. Eau de Toilette

Eau de Toilette pula mengandungi kepekatan minyak pewangi kira-kira 5 hingga 15 peratus, dan bau ini bertahan kira-kira selama tiga jam. Beberapa jam terakhir ialah tempoh kering di mana bau akhir mula terhasil. Aroma terakhir ini ditentukan oleh pelbagai faktor, seperti jenis kulit, diet, tahap hormon, produk lain yang digunakan, peluh, dan juga iklim.

4. Eau de Parfum

Eau de parfum mengandungi kepekatan minyak pewangi sebanyak 15 hingga 20 peratus dan ia bertahan selama lima hingga lapan jam. Dengan tempoh kering yang berlangsung sehingga tujuh jam, bau akhir sangat dipengaruhi oleh kimia badan anda, yang boleh berubah secara drastik bergantung kepada aktiviti anda. Perhatikan cara perubahan aroma anda sepanjang hari untuk memastikan baunya kekal mewangi hingga ke penghujung hari.

5. Perfume

Perfume adalah wangian beraroma kuat yang biasa digunakan, dengan kepekatan 20 hingga 30 peratus. Aroma pewangi jenis ini mampu bertahan selama 24 jam selepas satu semburan. Pada masa ini, kimia badan anda boleh berubah secara mendadak, jadi bau akhirnya juga turut bertukar. Jika aromanya bertukar, anda perlu menyembur semula perfume anda.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button