Teknologi

Beijing Perangi Jenayah Menggunakan Robot

China ingin meramal dan mencegah jenayah dengan bantuan teknologi kecerdasan tiruan (artificial intelligence, AI), lapor Financial Times.

Syarikat pengiktirafan wajah, Cloud Walk sedang membantu polis dalam membangunkan sistem yang menjejaki pergerakan dan tingkah laku individu untuk menilai kadar keberangkalian mereka dalam melakukan jenayah

Sistem pemarkahan ini memberi polis amaran tentang kumpulan yang mencurigakan berdasarkan ke mana seseorang bergerak dan apa yang dia lakukan, kata seorang jurucakap syarikat.

Sebagai contoh, terdapat risiko  jika seseorang kerap mengunjungi hub pengangkutan serta ke tempat yang mencurigakan seperti kedai pisau.

Timbalan Menteri Sains dan Teknologi, Li Meng, mengatakan bahawa AI akan memainkan peranan penting dalam meramalkan kegiatan jenayah.

“Jika kita menggunakan sistem pintar dan kemudahan pintar kita dengan baik, kita boleh tahu terlebih dahulu sekiranya terdapat pengganas atau sesiapa yang boleh melakukan sesuatu yang buruk,” kata Li.

Teknologi ramalan jenayah ini bergantung kepada beberapa teknik AI, seperti pengenalpastian tingkah laku dan analisa gait, untuk mengenal pasti individu dari rakaman pengawasan.

Di samping itu, “crowd analysis” boleh digunakan untuk mengesan corak tingkah laku yang “mencurigakan” dalam kalangan orang ramai, contohnya mengesan pencuri dalam kalangan penumpang biasa di stesen kereta api

Daripada kesalahan kecil seperti melintas jalan di tempat yang tidak sepatutnya kepada menghalang penceroboh dari memasuki asrama universiti, China terus menggunakan teknologi pengiktirafan wajah dan teknologi AI lain dalam kehidupan umum.

Pada 20 Julai yang lalu Majlis Negeri Beijing telah mengisytiharkan bahawa ia  merancang untuk membina industri AI terkemuka dunia bernilai US $ 150 bilion (RM641.92 bilion) menjelang tahun 2020.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker