AntarabangsaIsu SemasaPolitik

Pendidikan Percuma Di Filipina?

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte telah menandatangani sebuah undang-undang yang memberi pendidikan percuma di semua universiti awam di negara itu.

Menurut Timbalan Ketua Setiausaha Eksekutif Kanan kerajaan, Menardo Guevarra, Duterte mempercayai bahawa manfaat undang-undang tersebut melebihi potensi cabaran belanjawan jangka masa pendek di negara itu.

Beliau berkata, rancangan ini merupakan tunjang utama dalam dasar pembangunan sosial presiden itu.

Walau bagaimanapun, pengurus ekonomi pimpinan Duterte tidak bersetuju dengan langkah tersebut kerana kerajaan tidak akan mampu untuk menanggung pendidikan percuma, yang akan menelan belanja kira-kira 100 bilion peso (RM 8.5 bilion) setiap tahun.

Mereka turut menyatakan bahawa pendidikan percuma di universiti dan kolej awam (SUC) tidak akan memanfaatkan golongan miskin kerana hanya 12% SUC yang tergolong dalam keluarga berpendapatan rendah.

Dalam pada itu, Senator Franklin Drilon berkata, langkah tersebut hanya memerlukan 20 hingga 25 bilion peso (RM 1.6 bilion – RM 2.1 bilion), iaitu jumlah yang jauh lebih sedikit berbanding anggaran kumpulan pengurus ekonoi.

Memetik laporan Straits Times, pentadbiran Duterte juga telah merancang perbelanjaan infrastruktur bernilai AS$180 bilion (RM 770 bilion) sepanjang penggal pemerintahan beliau sehingga tahun 2022.

Untuk merealisasikan rancangan tersebut, kerajaan meminta ahli-ahli parlimen untuk meluluskan langkah-langkah baru dari aspek pendapatan negara.

Program ekonomi Duterte juga memberi tumpuan dalam perbelanjaan infrastruktur dan kecekapan fiskal dalam usaha meningkatkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 8% sebelum penggalnya tamat.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close