AntarabangsaIsu Semasa

3 Lelaki Britain Dibicarakan Di Singapura

Tiga orang lelaki warga Britain yang didakwa merogol seorang wanita Malaysia berusia 23 tahun selepas menghadiri sebuah parti bujang di Singapura, dibicarakan di mahkamah negara itu.

Sekiranya didapati bersalah, Khong Tam Thanh, 22, Le Michael, 24, dan Vu Thai Son, 24 akan berhadapan hukuman penjara selama 20 tahun dan juga dikenakan sebatan.

Memetik laporan The Star, ketiga-tiga orang suspek itu adalah warganegara Britain berketurunan Vietnam, dan mereka turut menafikan segala dakwaan yang dikenakan.

Dalam kenyataan pembukaan, pendakwa raya menyatakan bahawa defendan berada di Singapura pada bulan September lepas, di mana mereka merupakan sebahagian daripada 9 orang yang menghadiri parti bujang dan festival muzik elektronik bernama Ultra Singapore.

Suspek-suspek bertemu dengan wanita tersebut di sebuah kelab malam popular di sana, dan wanita tersebut dikatakan sedang berpesta bersama rakan-rakannya.

Kemudian, wanita tersebut bersetuju untuk mengadakan hubungan seks bersama salah seorang rakan suspek bernama Richard Ahn. di mana dia kemudian membawa mangsa ke bilik hotelnya.

Selepas selesai, Khong, Le dan Vu mengambil giliran memasuki bilik tersebut dan merogol wanita itu ketika dia sedang mabuk dan tidak menyedarkan diri.

“Selepas bersetuju untuk mengadakan hubungan seks bersama seorang individu, dia (mangsa) kemudian dirogol oleh 3 lelaki lain,” kata Timbalan Pendakwa Raya, G. Kannan.

Kannan berkata, mangsa tidak menyedari apa yang sedang berlaku pada dirinya kerana sedang tidur dan berada dalam keadaan mabuk.

Tambah beliau, ketiga-tiga orang lelaki tersebut mengambil kesempatan dengan memperkosanya secara berturut-turut.

Mereka juga cuba untuk tidak membuat bising, namun mangsa terbangun apabila Le cuba menyerangnya.

Oleh itu, semua suspek menghadapi 3 pertuduhan rogol bagi setiap seorang pada 10 September tahun lepas.

Show More

Related Articles

Back to top button