Antarabangsa

Jepun Contoh Negara Mementingkan Pendidikan

Jika kita lihat di Malaysia, semakin ramai yang menghantar anak mereka ke sekolah antarabangsa atau sekolah swasta disebabkan kepercayaan kepada sekolah-sekolah tersebut untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan kokurikulum. Tetapi bagi mereka yang tidak mampu menghantar anak mereka ke sekolah swasta, mereka perlu bergantung kepada sekolah kerajaan.

Patutkah ada jarak kecemerlangan akademik di antara sekolah swasta dan sekolah kerajaan? Kenapa sekolah kerajaan tidak boleh menghasilkan pelajar-pelajar yang serba-boleh dan fasih berbahasa Inggeris sedangkan kebanyakan sekolah swasta juga menggunakan guru-guru kelahiran Malaysia?

Memetik dari The Atlantic, hasil pengkajian di Jepun menunjukkan bagaimana sekolah-sekolah di sana melahirkan pelajar berprestasi tinggi meskipun mereka dari latar belakang yang kaya ataupun miskin.

Menurut Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), dari sekumpulan 35 negara kaya, Jepun berada di kalangan negara-negara yang menyediakan kesempatan pendidikan yang sama di antara pelajar yang kaya dan miskin.

OECD menganggarkan bahawa di Jepun hanya sekitar 9% daripada variasi prestasi pelajar dijelaskan oleh latar belakang sosioekonomi mereka. Selain itu, kanak-kanak miskin di Jepun lebih cenderung untuk menjadi dewasa yang lebih cemerlang.

“Di Jepun, anda mungkin mempunyai kawasan yang miskin, tetapi anda tidak mempunyai sekolah yang lemah,” John Mock, seorang ahli antropologi di kampus Temple University Japan.

“Ia adalah satu daripada beberapa [sistem pendidikan] yang baik untuk hampir mana-mana pelajar,” Andreas Schleicher, yang mengawasi kerja OECD tentang pembangunan pendidikan dan kemahiran, memberitahu saya.

Ada beberapa sebab mengapa Jepun cemerlang dalam memberi peluang pendidikan. Salah satunya adalah bagaimana guru-guru diagihkan kepada sekolah.

Guru-guru di Jepun tidak di ambil oleh sekolah itu sendiri, tetapi oleh wilayah atau negeri.

Tugasan seorang guru akan bertukar setiap 3 tahun ke sekolah yang lain dalam Wilayah tersebut. Ini menunjukkan pentadbiran wilayah boleh mengambil guru-guru yang cemerlang dan meletakkan mereka di sekolah yang memerlukan guru yang bagus. Guru-guru yang bagus diarahkan kepada pelajar yang lemah.

Cara ini bukan sahaja meningkatkan prestasi pelajar tetapi ia juga mengajar guru-guru untuk belajar dari persekitaran mereka. Guru yang muda terdedah kepada rakan sekerja yang berbakat dan belajar dari kaedah mereka mengajar.

Berbanding di Amerika, guru-guru yang bagus akan menetap di sekolah yang bagus dan tidak akan berpindah ke tempat yang lain.

Di Jepun juga guru-guru di bayar daripada kerajaan negara dan kerajaan negeri, jadinya tiada perbezaan yang ketara di antara pendapatan median rumahtangga.

Jika dibandingkan dengan negara maju yang lain, Jepun hanya mengagihkan 3.3% dari  Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada sektor pendidikan berbanding OECD purata 4.9 peratus. Walaupun perbelanjaan di negara Jepun rendah, guru dibayar lebih dari purata OECD.

Profesion itu juga mempunyai halangan kemasukan yang tinggi, seperti peperiksaan  yang perlu diambil. Peperiksaan kemasukan yang ditadbir oleh wilayah adalah sangat susah seperti yang digambarkan The Atlantic, seorang guru telah mengambilnya 5 kali sebelum lulus peperiksaan tersebut.

Dari tahun itu, 200 orang yang mengambil peperiksaan tersebut hanya 5 orang yang lulus. Selepas mendapati sijil mengajar, guru-guru ada insentif untuk pertingkatkan prestasi mereka kerana setiap 3 tahun mereka akan di nilai untuk kenaikan pangkat.

Sudah tentu terdapat beberapa kelemahan sebagai guru di Jepun. Kerana mereka merasa bertanggungjawab kepada semua pelajar di kelas mereka, guru sering menghabiskan banyak masa di luar waktu biasa untuk membantu pelajar yang lemah. Namun, guru-guru Jepun diberi autonomi yang besar tentang bagaimana untuk meningkatkan prestasi pelajar.

Dalam proses yang dipanggil “kajian pengajaran atau lesson study,” guru menyelidik dan membentuk pengajaran baru dalam tempoh masa yang ditetapkan, dan mempersembahkannya kepada guru lain, yang kemudiannya diberi maklum balas.

Guru juga turut bersama-sama mengenal pasti masalah di seluruh sekolah, dan mengatur diri mereka menjadi satu unit untuk menangani masalah tersebut. Kadang-kadang mereka akan menulis laporan atau menerbitkan buku tentang cara menyelesaikannya. Ia bukan tentang guru yang cemerlang, tetapi tentang kerja berpasukan.

Sistem pendidikan Jepun masih menetapkan contoh untuk negara-negara lain untuk diikuti. Sistem pendidikan Jepun cuba meminimumkan jarak antara pelajar yang cemerlang dan pelajar lain. Ini bermakna mengarahkan lebih banyak sumber dan guru yang lebih baik kepada pelajar atau sekolah yang lemah. Ia juga bermakna memberi guru kebebasan untuk bekerjasama untuk memperbaiki sekolah.

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button