AntarabangsaIsu SemasaPolitik

Perancis & Laos Kukuhkan Hubungan Diplomatik

Perancis akan terus menyokong dan membantu Laos dalam pelbagai sektor untuk mengeluarkan negara itu daripada status “Negara Yang Paling Kurang Membangun” menjelang tahun 2020, sekali gus mengukuhkan lagi hubungan diplomatik antara mereka.

Sejak tahun 1994, Agensi Pembangunan Perancis (AFD) telah membekalkan sebanyak 80 juta euro dalam bentuk wang pinjaman dan 150 juta euro sebagai geran, dengan

Dalam sebuah mesyuarat di antara kedua-dua negara pada bulan Mei, usaha-usaha yang dilaksanakan sebelum ini telah disemak, sambil membuat perancangan mengenai kerjasama dua hala untuk tahun depan.

Mesyuarat tersebut dihadiri oleh Timbalan Menteri Perancangan dan Pelaburan, Dr Kikeo Chanthaboury, Duta Perancis ke Laos, Claudine Ledoux serta beberapa orang lagi pegawai kerajaan.

“Kerajaan perancis telah menyokong dan membantu pelbagai sektor kerajaan Laos, khususnya pertanian dan pembangunan luar bandar, pembangunan bandar dan sosio-budaya, pentadbiran, pendidikan, dan kesihatan,” kata Dr Kikeo.

Beliau berkata, segala usaha tersebut selaras dengan matlamat Rancangan Pembangunan Sosio-Ekonomi Negara Laos bagi tempoh 2016-2020 yang menyasarkan untuk mengeluarkan negara itu daripada status Negara Yang Paling Kurang Membangun.

 

PENGLIBATAN AFD DALAM PEMBANGUNAN LAOS

Agensi Pembangunan Perancis (AFD) – Sumber: mu.ambafrance.org

AFD telah terlibat secara aktif dalam sektor pertanian dan pembangunan kawasan luar bandar di Laos dengan menyokong Kementerian Pertanian dan Perhutanan dalam memastikan keselamatan makanan, menggalakkan komoditi berdaya saing dan mewujudkan pertanian yang bersih, selamat dan lestari.

Dalam sebuah pembentangan yang dilaksanakan oleh Pejabat Warisan Dunia Luang Prabang dan Vat Phou, hubungan jangka panjang AFD dengan pemuliharaan warisan budaya dan pembangunan bandar diberi perhatian dan ia turut mendapat pujian.

Objektifnya adalah untuk membina kapasiti dalam kalangan pihak berkuasa tempatan supaya mereka dapat menyeimbangkan pemuliharaan warisan dengan pembangunan bandar.

 

MEMPERKASAKAN SISTEM KEADILAN LAOS

Gambar sekadar hiasan – Sumber: brettmilam.com

Kedutaan Perancis pula membuat pembentangan mengenai langkah berterusan mereka dalam bidang pentadbiran yang mengutamakan dua perkara penting – menghormati kedaulatan undang-undang dan kewujudan masyarakat sivil di Laos.

Perancis juga telah bekerjasama rapat dengan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) untuk merangka dan menguatkuasakan pelan dalam sistem keadilan Laos, di mana majistret dan peguam di negara itu akan diberi latihan profesional.

Bantuan pembangunan yang diberikan oleh Perancis kepada Laos dianggarkan bernilai AS$ 15 juta setiap tahun dan AS$ 25 juta secara global.

Ini termasuk bantuan kewangan Perancis menerusi pelbagai saluran seperti Kesatuan Eropah (EU), PBB dan lain-lain yang memberi manfaat kepada Laos.

Sumber: The Laotian Times
Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker